Monday, November 28, 2011

Tidak Salah Berhati Tisu

"Aku Rela Melihat Kau Menangis, daripada Melihat Kau Ketawa Pura-Pura", tegur Hussin kepada Maria.

"Tak perlulah kau nak tunduk dan menekap muka kau di meja. 
Tidak ada apa nak kau malukan, semua orang pernah menangis, 
Kau menangis, aku sudi jadi tisu kau. 
Kalau kau hilang tongkat, bahu aku boleh papah kau. 
Kalau kau patah Sayap, Paruh aku boleh Bawa Kau Terbang Ke Awana"

Itulah kawan. Aku tak kisah muka buruk kau, sebab tiada siapa yang comel dan segak menangis. Kalau kau terlalu malu, kau perlu tunggu Hujan untuk menangis. Tangis berhenti, demam pula datang menjengah..

Terlalu banyak luka dan airmata aku hadapi minggu ini. Aku namakan minggu ini minggu pasrah dan patah hati. Biasalah, bila masing-masing mulai sibuk, sudah pasti akan tertinggi suara, akan terabaikan si dia, akan cepat barannya, dan juga cepat melenting bila ditanya. Biasalah tu.

Lelaki atau wanita perlu juga untuk menangis, tolak ego jauh-jauh. Kerana apa? Menangis itu melegakan. Jangan kau bohong dan jangan kau gelengkan kepala. Insan jiwa kosong juga akan menangis. Makanya, tidak salah berhati tisu.

"Aku sayang kau, dan aku tahu aku tak boleh memiliki kau. Tapi tak bermakna aku tak boleh temani kau menangis. Sebab kau selalu buat aku bahagia dahulu. Dan walau kini kau bukan aku punya, tapi kawan tetap kawan kan??", Balas Hussin sambil mengusir air mata Maria dengan jejari kasarnya.