Sunday, September 18, 2011

:: Kena Reject? Sakit Bagai Celaka ::


Menangis pun tak guna, kau nak tumbuk pun, sia-sia saja. Dia dah bahagia, Yang kau terngadah jadah apa?, Baik kau cari yang lain, banyak lagi perempuan yang ingin, dia pun tak lawa mana, cuma solehah, dan hormat orang tua, budak UKM nie pun banyak yang sebegitu rupa, yang penting tak mengalah teruskan Usaha...


Sakitnya bagai celaka kan? umpama nasi tidak berlauk, umpama facebook lupa password, jalan atas bara tanpa berselipar, dan sakit seumpama tersingkir dari pentas final AF, kau campur semuanya, kau pasti akan dapat rasa yang sangat sama. Kenapa rasa sebegitu? Sebab harapan kau terlalu tinggi, sebab kau dah ikrar janji macam-macam, sebab member kau semua busybody (mampus nak cover line bagitahu kena "dump"), dan paling penting sebab lelaki itu penuh EGO.

Tenang saja, memang jodoh tidak kira masa, dan jangan merajuk, sebab sumpah aku bagitahu kau, lelaki takkan hidup tenang tanpa ada Wanita. Jangan nak dalih, sebab aku pun Lelaki. Jika kau nafikan, sumpah, ego celaka kau sudah sampai !!!

Persiapkan diri dengan kekuatan mental, dan jangan sibuk cari pembaris kayu nak kelar nadi tu. Bodoh shangaaattt~~ Hahaha !!

Wahai Lelaki, kita kena relax je, sebab korang tahu kan faktor kesuburan Lelaki berbanding Wanita? So, chill der...
Umur 60 pun masih boleh kahwin...

Assalamualaikum...


Jangan Nak Benci Sangatlah Kan...

Salam...
 Pernah dengar ungkapan atau kata dari sesiapa bahawa

"Tidak mustahil insan yg paling kita benci satu masa dahulu, mungkin Jodoh kita"

OK, sebelum apa-apa, kita nilai dulu ayat ini. Aku maksudkan kawan sekelas, atau rakan sepermainan waktu dulu-dulu (biasanya masa kecik, perempuan sgt ganas, tumbuk mata kawan, mandi parit, dan serupa gengster dah).. dan Bukannya orang kau benci macam Emak kau (taknak beli choki-choki [haram weyh cinta mak sendiri], orang jaga tol [sebab bagi duit belen lambat], cikgu disiplin, dan sesiapa je yg datang jengah sekejap dlm hidup korang!)



Kebiasaannya, kita pasti akan merindui kenangan bersama dia (berlainan jantina OK) selepas terpisah sekolah, beza kelas (kau bodoh, dia bijak), ikut mak bapak pindah (kerja askar [aku gurau]) dll. Kenangan tu walaupun penuh dgn lebam dan airmata akan buat kita senyum sendiri. Budak Setan! tapi, dia jugalah yang tiup lutut kau masa kau jatuh, bawak naik basikal beli eskem, main masak-masak dan terpaksa makan tanah (kau masak nasi kononnya)...


Makanya, tidak perlulah kau cepat sentap dengan usikan kawan-kawan, sebab ianya akan buat kau terfikir
"betul ke aku dan dia sepadan?" dan pastinya secara tidak langsung membuatkan kau tertarik utk tarik perhatian si dia.
Korang relax je, biar Mak Jemah kasi setel !! Senyum saja bila kau kena usik, lagi2 dalam zaman kuliah dan alam pekerjaan. Best what kena skandal dgn awek hot / lelaki badan petak? Huhu...

Semoga cepat kau orang timang anak...

Assalamualaikum !!!

Saje Letak, taiko cerita Shaolin Hong Kong nie...hahaha!!

Surat Untuk Penentu Jodoh Si Anak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia makcik;

Sudah pasti masih kenal saya, sebab siapa je yang masuk rumah makcik dengan keadaan sedikit mengiring, kerana pintu yg agak kecil dan saiz saya yg besar.. 

Saya jujurnya hormati makcik, pakcik, abang2 dan kakak semua. Cuma saya ada benda nak bagitahu kat makcik, sejauh mana kami sudah pergi sebelum ia terputus, itu sahaja. Makcik boleh matikan api dapur dan off suis seterika, sebab kisah ini agak panjang, dan mungkin buat makcik sentap, dan saya peduli apa !! Saya nangis relax jer, takkan makcik tak boleh kan??

Saya minta maaf malam ni sebab saya emosi, sebab saya cuba cari lagu riang dlm laptop saya, tapi tak jumpa, yg ada lagu yg bikin hati saya koyak, mata saya rabak !

Tahu lagu Antara Gadis nyanyian Dinamik? artis 80an.. Lagu tu boleh katakan lagu saya utk dia. Saya ingin dia seorang je. Tapi saya paham. Makcik nak cucu yg putih, mancung, dan tinggi2 kurus2 kacak2 semuanya. Beza dengan saya, yg seakan mawas nie.. Terima Kasih makcik.

Serius, memang rugi tak dapat saya sebagai menantu. saya memang sengaja Taknak ambil lesen kereta, sebab saya nak kerja dari rumah je (klik fb 1x rm100). OK saya tipu. saya nie penyabar dengan orang tua (kalau tak dah lama saya buat event ala-ala amuk masa walimatul urus dulu) HAHAHA.. Saya pandai jugak masak makanan kampung, eloklah dengan tekak makcik dan pakcik yg sangat Jawa tu...

Tengok, mula laa nak menangis !! Awal lagi. teruskan baca. Jangan nak menguap sangat. Makcik kena terus baca, esok pagi bukan nak bangun awal jual kuih pun. kan???Huh...

Ok, lagu masih mendayu-dayu sekarang nie. Anak makcik saya sayang bagai nyawa saya. Jujur saya memang tak layan dia masa dlm kelas, tapi cinta saya jangan pernah makcik uji. Cinta, memang kompem, tapi saya tak bodoh !! Bukan jenis buat kacau dan rosak majlis orang. Saya redha walaupun dia dipaksa BODOHKAN saya.. Hahaha!

Tahniah, dah nak jadi nenek dah. Saya tak harap untuk cari pengganti dia, sebab saya fikir balik, dia tak cun mana, dan ok jugak saya dibukakan hati utk melepaskan dia. Ok, tahun depan sumpah taknak raya rumah dah! Menantu makcik sombonglah !!

Maaf, saya emosi, sebab saya tahu makcik takkan baca, dan yg merayau blog saya pun bukan ramai pun. Itu yang saya lepas kaw2 nie.. Jaga awek saya tu elok-elok. Nasihatkan menantu makcik, suruh bercampur dgn orang, dia tu bakal jadi Bapak kepada awek yg dulunya bakal menjadi ustazah kepada anak dan benih-benih subur saya... Wassalam!!!

Pergi menjerat di tepi telaga, 
Kalau benci saya, katakan sahaja !!

::Cerita ini sedikit benar dan ilham dari sini ::

Saturday, September 17, 2011

13 Alasan Wanita Taknak Tutup Aurat

Assalamualaikum sahabat !!!
Sebelum apa-apa, layan dulu jiwa keras korang...




1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
  • Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
     
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
  • Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan 
    mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik, suci, dan yang paling teruk, ELEYH, SOROK LOVEBITE laa tu!!" Nak tegur sikit je, Pak Hang !!!
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
  • Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
  • Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
  • Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
  • Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
  • Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
  • Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
  • Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis), dan aku bukak tudung pun sebab nak ikut arahan (mana ada peramugari Air Asia tak pakai skirt??)
  • Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
  • Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
  • Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

  • Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

credit to  JomBorak

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” Surah Al-ahzab ayat 59



Aku ni tak baik sangat, tapi aku pun tak suka sangat tengok Bangsa aku terus hanyut...
Kalau tutup aurat tapi duduk genggam tangan pakwe jalan2 pun DOSA jugak kan??

Wassalam...

Friday, September 9, 2011

RAYA Ini Bersama Kawan.

Assalamualaikum..

Hari ini apa yang ingin dikongsi adalah pentingnya seorang kawan itu, lagi2 masa musim2 perayaan ni. Bukan apa, takkan nak pergi beraya "lone ranger" lak? Boleh tu boleh, tapi dah gentle sangat ke? Tipulah kalau ada yg berani cakap dia beraya (walau rumah aweknya) seorang diri.. Zaman dulu bolehlah, datang lepas bertakbir malam raya, tolong mak awek pasang Langsir..Puihhh!!

Bila Hari Raya masa zaman muda2, sibuk pakat ramai2 nak;
JALAN JALAN KUMPUL DUIT RAYA
tapi sekarang dah lain pulak!!
JALAN JALAN KUMPUL GAMBAR RAYA...

Usia makin meningkat; 
Entah mampu atau tidak kita berkesempatan beraya bersama tahun depan...
Malas nak celoteh panjang, kasi korang layan momen RAYA 2011 "Aku Bersama Kawan"









Jika di atas gambar Bersama Kawan Tingkatan 5,
di bawah ini pula
Gambar Bersama Kawan Tingkatan ENAM


















Panjang Umur, Jumpa di Hari Raya Aidilfitri 1433 H pulak !!