Saturday, October 27, 2012

Hari Aku

Assalamualaikum..

22  Oktober 2012: Konvo



Buih aku pintal,
kudrat aku kental,
Caci maki kau aku cuba nafi,
Aku tangkis dengan berani,
Sebab aku tahu kau hanya datang melemahkan,
Bukan untuk meniup api perjuangan,
Kau penumpas jiwa bangsa kau,

Aku perah peluh yang menitis,
Tangga menjulang aku hadap penuh sadis,
Tampak tragis, kejang dan perit menghinggap betis,
Aku pasrah, aku tegar,
Sebab ilmu itu aku tak dapat di luar,
Hanya dalam perbukitan ilmu,
Bumi UKM,
Di mana perkasaan ilmu nombor satu,
Keterampilan personal menjadi penentu.

Tiga tahun berguling meliuk tubuh,
Tubuhku luput, hanya menanti masa mereput,
Menanti penuh sabar, aku tak sabar,
Untuk terkalung ternobat segulung kertas dakwat pekat.

Terima kasih kau punca aku bersemangat,
Penipuan kau padaku, buataku rasa meluat,
Kini aku cuba menjadi yang terhormat,
Di hadapan kau, di hadapan kaum kerabat.
Ibu dan ayah acapkali meniup seruling,
Kakak tak henti memalu gendang berjuang,
Bersabar adikku,hari kau pasti datang,
Benar! Ianya sudah datang, dan kini aku sudah menjadi orang.


emak dan abah

Member yang selalu ada bila lapar waktu malam



Raden, Yen, dan Azman
tiada dalam gambar: Ahnaf, Cader, dan Amir
PenTAS


- junior -

Amirah Latif
dari sekolah rendah hingga UKM
dia anggap aku abang, aku sayang dia macam adik!

Nur Azreen Abdul Malek;
junior UKM yang kini MPP UKM sesi 2012/2013
Dia sangat hebat, dan cantik




Terima Kasih untuk gambar dan masa yang anda luangkan bersama Kami.

Wassalam...


Wang Terpolitik


 Assalamualaikum..

Awalnya,aku ingin ucapkan Salam Aidiladha kepada semua sahabat yang sudi membaca dan menjengah blog picisan luahan mental ini.

Kali ini, isunya besar. Tenang! Ia tajuk berbaur politik namun kau perlu tahu, dan ianya dalam sedar atau tak, kau juga pernah alami dan rasainya.

Kita sendiri juga acapkali tersogok dan bermain dengan wang terpolitik ini.

Contoh mudah, ibu meminta kita membeli barangan dapur, dan selepas pulang ke rumah, wang bakinya kita minta, dengan alasan upah kerana penat berjalan. Itu juga politik wang. Tidak ikhlas dalam perjuangan membeli barangan dapur.

Wang boeh beli politik, dan pada sama boleh membeli maruah dan iman seseorang itu.

Kenapa aku cakap begitu?

Siapa yang tidak mahu disogok dan dihambur dengan pelukan wang kertas harum note RM100? Semua pasti dambakan saat itu. Namun, sebagai gantinya, kau perlu gadaikan bangsa, dan maruah kau. Lebih teruk lagi, adik-adik kau sendiri. Sedangkan parti yang memperjuangkan bangsa dan hak rakyat pun, sudah pasti akan adanya adegan menyedut duit, dalam pihak dalaman.

Itulah harga wang yang perlu dikorbankan untuk Kuasa.
dan itu jugalah Nilai Maruah yang perlu dikorbankan hanya demi selonggok kertas berdakwat likat.

Benar, tiada lagi perjuangan ikhlas dan "tidak demi duit" sekarang ini.
Tidak guna kau berlawan dengan ikhlasnya tanpa upah andai sang raja kenyang menggosok perut di atas singgahsana. Nmaun, pilihan yang terbaik kau ada, bangkit dan melangkah keluar.

Wang untuk bekerja, bukan untuk "kita-kita aje".

Aku luahkan ini bukan sebab aku kecewa, cuma aku sayang bangsaku, agamaku.
Aku taknak bangsaku dan saudara seagamaku layu kerana berkhayal dengan candu "duit" yang tersogok.

#IKHLAS

Wassalam.

Tuesday, October 23, 2012

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?




Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak.



Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ? 


Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab. Handphone N95 missionary berbunyi.  Missonary menjawab panggilan telefonnya. Pendakwah sabar menanti.  Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah. Pendakwah tersenyum.

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … Perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”.

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ? 


Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja.
 Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai. Bersepai !!

Merah padam muka Missionary menahan marah. 

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum. 

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum). Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 


Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary.  Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan bingung. 



 Mungkin dia bingung. 
Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agama yang lain.

:: SALAM AIDILADHA ::

Wednesday, October 3, 2012

NEGARA INI MILIK MUTLAK BANGSA MELAYU


NEGARA INI MILIK MUTLAK BANGSA MELAYU 
(نڬارا اين ميليق مطلق بڠسا ملايو)



Bagi Dr Burhan, perlembagaan merdeka yang digubal oleh Suruhanjaya Reid (SR) ini tidak diterima sepenuhnya terutama yang berkaitan dengan kerakyatan, bahasa dan kedudukan orang Melayu. Dalam rapat umum di Padang Malaya pada 17 Mac 1957, Dr Burhan telah menyatakan bahawa syor-syor dalam SR itu ternyata merugikan bangsa Melayu dan terbabas dari keadilan. Nama bangsa Melayu telah terhapus dan jaminan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam telah ditinggalkan. Dr Burhan, atas platform sebuah parti politik yang disertainya ketika itu (atas jemputan) telah mengekemukakan satu memorandum kepada SR untuk dipertimbangkan, antara lainnya adalah:

A. Bahawa negeri ini adalah NEGARA MELAYU dan hak BANGSA MELAYU yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang2 dari satu ka-satu masa. Maka tugas Surohanjaya Perlembagaan ini pada perenggan yang kelima cheraian 5 untuk mengawal kedudukan Bangsa Melayu di- negeri ini janganlah di-lihatkan dari segi yang lain daripada hakikat yang tersebut di atas. Sa-barang perchubaan, sama berpelembagaan atau tidak-nya, hendak mengubah HAKIKAT ini adalah salah dari segi hak manusia dan undang2.

B. Jadi dari itu tugas yang kelima tersebut jangan-lah di-tafsirkan hendak memberi ke-istimewaan KECIL bagi BANGSA MELAYU, sa-baleknya adalah tugas SR itu menetapkan bahawa KEDAULATAN BANGSA MELAYU DI-NEGERI ini IA-LAH MEREKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI DALAM-NYA.

E. Persatuan ini, oleh sebab yang di-atas, menuntut supaya SR ini berpegang kepada hak manusia yang menegaskan bahawa lemah atau kuat-nya sa-sa-orang atau sa-suatu bang-sa itu bukan-lah menjadi ukuran kepada berhak atau tidak-nya mereka dalam sesuatu.

F. Bahwa negeri ini dari satu masa ka-satu masa telah membukakan pintu-nya kepada bangsa2 asing yang telah tertarik kepada kekayaan negeri ini dan telah mendapat ni'mat hidup di-dalamnya dengan tiada terganggu walau sedikit pun hingga-kan pada masa ini daripada bangsa Melayu yang ada-lah bumiputra bagi negeri ini. Sasiapa yang datang ke negeri ini dapat melihat, bahwa tiada sa-buah negeri pun atau satu bangsa pun yang telah menerima baik dan memberi layanan penoh kepad orang2 asing lebeh dari Negeri Melayu dan Bangsa Melayu.

G. Jadi tuntutan berkenaan hak kera'ayatan sama ada berupa jus soli atau berupa kelonggaran sharat2 kera'ayatan yang dikemukakan oleh orang asing itu bukanlah-lah diasaskan atas kesempitan hak hidup ma'mor yang dirasai mereka, tetapi adalah di-terbitkan oleh PERASAAN TAMA' HALOBA kepada kuasa yang telah pun di-dapati mereka pada masa ini.

MENGAMBIL KESEMPATAN DAN KHIANAT AKIBAT TAMAK HALOBA
Baiklah tuan-tuan, dimanakah punca mereka mendapat kuasa itu? Tidak lain dan tidak bukan apabila ada segelintir mereka yang mengkhianati Dato Onn dan kemudiannya diterjemahkan pada pilihanraya 1952. Dato Onn menginginkan KEMERDEKAAN MUTLAK dengan satu suara sahaja iaitu SUARA UMNO - SUARA MELAYU. Malang sekali pandangan jauhnya tidak dicapai oleh orang UMNO lalu beliau menubuhkan IMP.


“Sokong yang diharap, sokong itu membawa rebah. Pagar yang diharap,pagar itu memakan padi. Perkataan itu saya tidak mengubahnya.” - kata Dato Onn dalam ucapan terakhirnya sebagai YDP UMNO (Mohamed Abid, 2003, 192)


" At the beginning of 1952, a temporary alliance between the Selangor State branch of the MCA and the Kuala Lumpur branch of UMNO was brokered by Tun H S Lee and Yahya bin Dato Abdul Razak with the sole aim of jointly contesting the Kuala Lumpur Municipal elections in February 1952.  It was done without the prior knowledge4 of the national leadership of both parties.  The common objective was to defeat the Independence of Malaya Party (“IMP”) set up by Dato Onn Jaafar in 1951.  The partnership proved a great success, winning 9 out of the 12 seats (MCA captured 6 with UMNO taking 3).  The IMP only secured 2 seats and this defeat proved to be the beginning of its end...

The proposals set out in the 20-page Alliance memorandum were debated vigorously in private between April and September 1956 by a core group from UMNO, MCA and MIC under Tunku’s chairmanship.  The product was a “give and take compromise” which became the “social contract”between the races."

YANG DITAKUTI AKHIRNYA DI AKUI
Apabila Perikatan menang piliharaya dengan berkongsi suara maka terjadilah apa yang berlaku hari ini. Apa yang ditakuti oleh Dato Onn dan Dr Burhan (mereka mempunyai pandangan yang sama terhadap HAK MUTLAK BANGSA MELAYU cuma masa dan perlaksanaan yang berbeza) akhirnya diterjemahkan sendiri oleh TAR dalam Akhbar Malaya (padahal siapa yang mempengerusikan private meeting itu?):

...orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputra Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh bangsa Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam Perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang BUKAN MELAYU daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf diantara orang Melayu dan orang BUKAN MELAYU...


KUOTA BUMIPUTERA BETUL KE MELAYU YANG MINTA?
Manakala berkenaan kuota pula Dr Burhan mengangap ini adalah satu PENGHINAAN kepada bangsa Melayu, dan dengan terang dan jelas menyatakan bahawa:

Penentuan kuota ini juga menunjukkan bahwa bangsa Melayu merupakan bangsa yang kecil dan lemah, yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum yang patut diberikan pertolongan, yang sama kedudukannya dengan kaum curasian, dan samalah dengan puak-puak yang lemah di negeri ini. Dr Burhan menganggap ini adalah satu PENGKHIANATAN BESAR yang telah dilakukan oleh SR. Suruhanjaya ini telah melupakan bahawa sejarah dan hak kemanusian negara ini telah menegaskan bahawa BANGSA MELAYU PEMILIK NEGARA INI.

Suruhanjaya Reid bukan diterima bulat-bulat oleh orang Melayu ketika itu. Dan secara realitinya, yang berikut inilah suara sebenar yang mewakili UMAT MELAYU ketika itu, yang mana kita sebagai pewaris negara bertuah ini patut hayatinya bersama.


MENYANGGAH SURUHANJAYA REID
Usaha menyanggah SR ini telah dijalankan dengan mengadakan Kongres Melayu Kedua yang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 4- 7 Mei 1957. Kongres ini terpaksa di adakan kerana tunjang Parti Perikatan ketika itu telah dianggap serong dan terpesong dalam perjuangannya. "Crooked," - kata Dato Onn.

UMNO telah gagal membela nasib orang Melayu dan terpaksa tunduk kepada tuntutan MCA dan MIC dalam perikatan dengan mengekemukan syor-syor yang tidak menjaga kepentingan2 Umat Melayu kepada SR. Kongres ini diadakan untuk membincangkan perkara Perlembagaan bagi Malaya Merdeka kelak. Dalam Kongres Melayu Kedua ini Dr Burhan dilantik menjadi pengerusi Kongres, manakala Dato Onn dilantik menjadi Bendahari dan Ahmad Boestamam sebagai Setiausaha Kehormat. Walaupun menjadi pengerusi kongres, idea utama banyak di utarakan oleh Dato Onn. 

Dalam kongres ini Ahmad Boestamam masih lagi merajuk dengan Dato Onn (yang mengeluarkan perintah menahannya sewaktu pentadbiran Inggeris dahulu), dan meninggalkan kongress pada hari kedua dengan alasan tidak diberi mandat untuk menyokong kongres. Jika begitu halnya patut dia menolak menjadi SU Kehormat pada hari pertama lagi. Bantahan tidak puas hati terhadap SR ini turut disuarakan oleh UMNO Terengganu dan UMNO Penang yang hari ini umpama hidup segan mati tak mahu.

Resolusi yang diluluskan dalam kongres ini telah dibawa oleh Dato Onn Jaafar dan Dr Burhanudin al-Helmi ke London bagi merundingkan hal kemerdekaan negara yang diketuai oleh TAR tetapi telah ditolak oleh Perikatan. Akhirnya Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan Perlembagaan yang digubal oleh SR diterima pakai.

SIAPA YANG TERKENYEH-KENYEH?
Oleh itu Umat Melayu sekalian. Adakah pada asalnya orang kita terkenyeh-kenyeh hendakkan kuota dan hak keistimewaan Melayu? Siapa yang 'undermine' Melayu sehingga kita bagaikan peminta sedekah di bumi bertuah ini? Oleh kerana kontrak sosial yang tidak munasabah itulah punca mengapa Melayu hari ini nampak lemah tidak berdaya menongkah arus dan seakan telah kehilangan arah.

Maka jika Dato Onn tidak mampu mengucapkannya, maka biarlah Dr Burhanudin al-Helmi yang bercakap bagi pihaknya.

Demi MARUAH dan SURVIVAL Umat Melayu.






JELEBU 20 Ogos - Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya ekuiti bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Katanya, ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.
"Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
"Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini, malam tadi.