Monday, April 23, 2012

Terlalu Pemurah : Sifat Rakyat Malaysia

Assalamualaikum..

Aziz : Nah, ambil duit RM10,000 ni buat belanja kahwinkan anak kau. Takpe, pakailah. Kalau ada nanti, baru bayar.
Usin: Tapi saya mana mampu nak langsaikan nanti?
Aziz: Kau ada jalan lain? Aku ni jiran kau, takkan aku taknak tolong kau bila susah macam ni.
Usin: Terima kasih kawan. Aku janji lepas kenduri kahwin, aku bayar.

Pemurahnya rakyat Malaysia,

Buktinya, ukup saja bila kita lihat insan meminta derma di kedai-kedai makan.
Kenapa setiap hari orang yang sama datang meminta derma? 
Kerana perbuatan mereka ada sambutan, dilayan dan dimanjakan.
Aku tak kisah sebenarnya, kalau tak nak sedekah, diam diri sahaja, cuma aku terkilan, perbuatan ini memalukan bangsa.


LEBIH BAIK MEMBERI MATA KAIL KEPADA SESEORANG BERBANDING MEMBERINYA IKAN UNTUK DIBAWA PULANG.
Aku setuju.  Mungkin boleh dibuka peluang untuk mereka bekerja dari terus mengemis.

Masa aku sekolah dulu, aku tidak reti memberontak, cuma cakap-cakap belakang tentang beberapa cikgu yang tidak kami gemari. Itu sahaja. Tidaklah pula kami memanggil ibu bapa atau melawan guru kami tersebut, sebab kami tahu, segarang mana, sejahat mana, seangkuh mana pun dia, dia tetap guru kita, dan kita WAJAR HORMAT kepada beliau.



Sama keadaannya bila kita sudah meningkat usia remaja. Aku tidak rasa pemberontakan itu sesuai untuk Malaysia. Aku tahu, rakyat Malaysia ini pemurah dan pasti akan tersentuh dengan tindakan anda, tapi tahukah anda, perbuatan itu meletakkan maruah keluarga, agama, dan bangsa dalam keadaan bahaya, seperti berdiri di bibir gaung.

Kau suka memberontak? Itu masalah kau. Tapi kau pernah marah bapa kau kerana tidak belikan kau jajan Tora dan Jojo? Mahupun kereta DASH untuk hadiah hari lahir kau? 
Kau pasti tidak tergamak untuk mengutuk dan koyakkan potret wajah beliau kan? Sebab apa?
IBU BAPA adalah PEMIMPIN keluarga dan wajib kita hormati.

Akhirnya, rakyat Malaysia masih pemurah.
Di tempat lain, mungkin otak kau sudah terhambur keluar dari tempurung;
atau mungkin kau sudah meringkuk dalam rumah besi.


Teratai melingkar di celahan titi,
Lalu membelit di akar tunggal,
Indahnya bangsa kerana Budi;
Indahnya mahasiswa kerana Akal

Wassalam...
 

Friday, April 13, 2012

KOPI

Assalamualaikum...

Untuk cinta, orang boleh menilaikan dengan beberapa fantasi mereka sendiri.
Namun bagi aku, cinta tersulam indah dalam secangkir kopi.
Cinta perlu dihargai, ada estetika, dan seni dalam mengharunginya.


Siapa kata kopi hanya untuk Golongan Tua?

Kopi adalah untuk Manusia, 
Yang Bijak Mengenal Seni, 
Yang Ghairah Menikmati Estetika Kehidupan

Monday, April 9, 2012

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum.


Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia



Gemersik bait lagu keramat ini masih bersimpul dalam rongga telingaku. Janji keramat agar aku menyemai ilmu, membenihkan iltizam menjadi siswa yang berbudi untuk dunia masa hadapan. 
Namun,memang mudah untuk berbicara, tapi perlaksanaan itu perlulah juga ada semangat jitu yang terjalin sama.

Bagi aku, suka duka menjadi peraih ilmu di Perbukitan Ilmu UKM ini seumpama menjumpai emas dalam timbunan kaca. 

Bangga! Teruja! 

Namun aku sedih, tatkala mana nama UKM acapkali dicabuli dengan anasir yang tidak enak.

Prestasi akademik menurun, ketidakbolehpasaran bakal graduan, dan paling sedih UKM dilabel sebagai Universiti Kuat Merusuh kerana segelintir penuntutnya gemar merusuh di IPTA lain demi perjuangan cabuk dan tidak jelas. Aku tutp isu ini, kerana bagi aku, mereka perlu dimaafkan kerana lumrah pelajar, 

Kami Masih Belajar. 



Untukmu UKM, aku tidaklah hebat mana, pencapaian akademik pun hanya cukup sekadar untuk mengisi jawatan peon di institusi kerajaan sahaja, namun aku punya hasrat, satu hari nanti, aku ingin melihat UKM disegani kerana produk segarnya, kita, lepasan Ijazah !

UNTUKMU, UKM

Kau hamparkan varsiti ini dengan darah pejuang, titis peluh satria,
Yang kisah akan nasib bangsa, hati anak muda,
Kau tidak sanggup anak kau dicemuh bodoh oleh penjajah,
Kau tidak sanggup waris kau dipijak oleh orang asing yang semberono,
Kau berjiwa pejuang, maka terlahirlah Pejuang..

Terima kasih kerana hasrat,
Aku mengukir ilmu terpahat di dada,
Aku patrikan jiwa dan ragaku untuk kau,
Persetan segala keji caci orang asing,
Banggalah dikau dengan kuasa Ilmu,
Kuasa perpaduan bangsa, impak tiupan raksa kental,
Kau belitkan dalam minda kami, anak muda mentah..

Aku berlutut kepada kau atas ilmu kau simbahkan,
Aku hargai kasih dan cinta yang kau lemparkan,
Aku titipkan hasrat dan matlamat perjuangan masa depanku,
Untuk kau, moyangku, moyang kami semua,
Pejuang bangsa, pemula sejarah bangsa,
Untuk melukis indahnya pewaris negara, dari kaca mata,
Perpaduan bangsa, Retorik kemakmuran sejagat.

Untukmu UKM, terima kasih kerana hasrat, iltizam dan simpulan penuh kasih dan sayang
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

Sunday, April 1, 2012

Selamatkan Si Ibu atau Si Anak

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak betah untuk menulis sebuah entri untuk tatapan jiwa aku.
Mungkin sebab aku rasa, jiwa aku kosong, dan tidak perlu diisi apa-apa, sebab aku sudah tidak punya apa.
Namun, terdetiik untuk berkongsi sebuah kisah;

PERSIMPANGAN: MEMILIH SYURGA ATAU NERAKA

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapimasih ada
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. 

Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.





 

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan
mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa
waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. 

Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap,
setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. 

Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.


Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. 
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. 

Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun dari tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau solat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?




Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Bersamalah kita muhasabah diri dan berdoalah agar pilihan yang kita lakukan adalah pilihan yang membawa kepada suluhan ke jalan syurga, dan diredhai Allah.