Wednesday, February 29, 2012

Calon Memimpin

Assalamualaikum sahabat...

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit pemerhatian aku terhadap gelombang baharu yang mengganasa di IPTA seluruh negara berikutan pengaruh kuat dari media luar. POLITIK!

Nanti dulu, jangan cepat melatah dan ingin pergi tanpa membaca habis.
Kau harus baca, sebab pemimpin ini kita yang pilih dia untuk memimpin kita.

Aku taknak bercerita soal khalifah dalam cinta rumahtangga kerana itu kau sendiri sudah tahu ciri apa yang patut kau pilih; menjaga agama, menjaga batasa diri, menjaga keluarga, dan bijak menjaga iman. Wallahualam



Seharusnya, kita perlu memilih pemimpin dalam kalangan kita sendiri;
kerana kita lebih mengenali dan faham etika dan perangai mereka;
Carilah yang boleh bekerja dengan ikhlas, demi Alif Ba Ta (agama, bangsa, tanahair)
dan BUKANNYA yang hanya glamor dan mampu menarik pengundi;
namun pincang dalam perihal gerak kerja, dan kebajikan rakyat bukan terutama..

Paling Penting ADAB dan PENAMPILAN, barulah BERILMU dan KERJA KERAS datang menyusul


Makanya, kalau kawan kau menjadi calon, kau sokonglah dia, kerana dia cuba untuk MENJAGA KEBAJIKAN kau dan kawan-kawan. Jangan kau buang dia terus. Bagi semangat OK??

::: Semoga yang terbaik akan memimpin :::

Wassalam...

Sunday, February 26, 2012

Semangat Aku Jitu


Selepas apa yang terjadi dua hari lepas, aku mulai tidak percaya akan integriti dan kebolehan GMUKM untuk memerintah. Aku membuat penilaian yang amat telus.

Kau jangan hentam aku secara peribadi, kerana ini adalah apa yang aku lihat dan aku nampak. Ya, aku jentera ASPIRASI tapi aku akui ASPIRASI juga GOYAH dan ada pincangnya. Namun GMUKM, sebagai suara majoriti pemimpin UKM sesi kali ini, mereka perlulah matang dan tidaklah terlalu terdesak seperti membodohkan diri menjatuhkan air muka dan integriti mereka. Sepatutnya, mereka perlu lebih fokus untuk mengekalkan kemenangan dan bukannya menconteng hasil usaha orang lain.

GMUKM juga seharusnya fokus kepada kebajikan mahasiswa secara total, dan bukannya hanya menjadi artis di facebook sahaja. Isu mengakui penyelesaian sesuatu masalah walaupun hakikatnya bukan air tangan mereka, amatlah memalukan. Sungguh!

Sebagai mahasiswa yang ingin dipimpin, aku rasa malu dengan tindakan pihak ini, dan pesanan aku, tolonglah gunakan dana dari UKM kepada PMUKM dengan berhemah. Usah digunakan hanya untuk program luar dan program bersifat kroni.

Maaf ASPIRASI, aku juga ingin katakan, kau semua perlu tegas dalam memilih calon, dan bukannya berasa selesa kerana kau claim kau KERAJAAN, namun kau perlu fokus menjaga kebajikan siswa siswi dan juga mencari calon yang MAMPU BUAT KERJA, bukannya artis dan duta tampak dan cantik semata! Kau perlu bersatu untuk MENANG kali ini. Itupun jika kau mahu!

Akhirnya, jika benar ASPIRASI kuat, aku mungkin akan undi kau kerana aku fikir peluang yang diberikan kepada GMUKM hanyalah sia-sia dan hanya dijadikan seperti sesi MAKAN ANGIN dan MENCIPTA NAMA sahaja. Malu.

Oh! Aku sudi pangkah ASPIRASI kalau begitu;

Friday, February 24, 2012

Mohon Matang Sedikit

Assalamualaikum...

Malam tadi aku terus dikejutkan dengan berita tergempar dari rakan-rakan mengenai poster yang aku buat telah diperlekehkan dan disalah guna oleh pihak luar untuk dijadikan BAHAN HIBURAN mereka. Selama ini, walaupun aku tahu, aku berpegang pada ASPIRASI (urusetia yang cuba menjaga kebajikan siswa siswi) namun aku tak nafikan GMUKM (suara lantang pro-mahasiswa yang juga lantang menjaga kebajikan) juga elok dalam bekerja dan aku hormat pemimpin dan kepimpinan PMUKM sesi kali ini.

Namun, bak kata orang, KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Tindakan jentera tegar GMUKM yang mempersendakan perjuangan aku yang telah diterjemahkan dalam bentuk poster amat melukakan hati. Dia tidak ada hak untuk berlawak dan memepersendakan poster kami, dan untuk makluman aku respek kepada jentera GMUKM yang pantas dalam berorganisasi dan juga sudah mula mempromosikan calon mereka untuk PILIHAN RAYA KAMPUS kali ini. Syabas sahabat!

Bersainglah kita dengan adil dan usahlah menzalimi perjuangan dan pegangan yang aku bawa dan percaya. Aku tidak pernah mengkeji poster dan segala apa media kau, makanya aku di pihak ASPIRASI juga inginkan benda yang sama.

Tolonglah kak! Mohon matang sedikit.

Saudara Muzammil, saudara Hafizan, saudara Izzuddin merupakan antara perwakilan GMUKM yang ramah dan amat aku segani. Namun, nama-nama seperti Helmi Othman, Azlan Ismail, serta Fadzil Razali juga perlu disegani dalam kepimpinan PMUKM.

*GMUKM: aku tak salahkan kau keseluruhan. Beza ideologi tak bermakna kita perlu bermusuh*




aku rasa kau orang pun mampu nilai sejauh mana nilai moral,
 dan tampak sangat terdesaklah wahai GMUKM

Monday, February 20, 2012

Jangan Melihat Indahnya Cangkerang

Assalamualaikum...

Manusia seringkali menilai seseorang dengan perspektif luar semata-mata dan jarang memberi masa kepada si dia untuk menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku.

ketika melihat anak remaja yang mendukung dan menyusukan bayi kecil, terus diludahnya tohmahan kepada remaja itu dengan anggapan bahawa dia adalah remaja runtuh akhlak, walhal, masyarakat tidak tahu dia dirogol oleh bapa kandungnya sendiri sehingga mengandung.

Orang gemuk seringkali dituduh sebagai "sang buruk lantak" walhal mereka tidak tahu bahawa orang itu sebenarnya memiliki kadar metabolisme rendah untuk membakar lemak, walaupun dia cuba mengikat perut 3 hari tanpa menjamah makanan.

Aku sedih, rakyat terlalu cepat menilai. Kau tahu apa? Jangan kau terlalu mengutuk seseorang, kerana mungkin di sisi Allah, beliau jauh lebih baik dan mulia berbanding Kau!


Jangan terlalu cepat menghukum kerana hukuman anda itu membuat insan-insan seperti aku terseksa.
Kau perlu tahu, kami cuba untuk mengelak! Kami cuba untuk tidak seperti ini.


"Aku menulis ini dengan penuh sebak. Harap kau faham"


Monday, February 13, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar: Sungai di Syurga

ASSALAMUALAIKUM...






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



:: Sama-samalah kita berkongsi ::

Sunday, February 12, 2012

Nilai Sebuah Gajet

Assalamualaikum...

Semua insan di dunia ini punyai minat dan rasa yang berbeza. Tapi tidaklah keterlaluan untuk aku katakan yang remaja kini, malah sang tua sekalipun asyik khusyuk bermain gajet, aku tidak tahu itu adalah keperluan, mahupun kehendak beliau-beliau.

Kalau keperluan, baguslah. Mungkin kau perlu barang itu untuk lengkapi dunia realiti kau, kebosanan, kecelaruan, keserabutan fikran, mahupun berdondang sayang sebentar di waktu senggang. Tapi, terkadang aku muak dengan bangsa-bangsa yang membeli gajet hanya untuk KEHENDAK, kehendak untuk menjadi perhatian.

Kua bertenggek di bus stop bermain iPod iTouch kau terkayang-kayang ke hulu ke hilir. Kau usung DSLR bagak kau di laluan pasar malam sesak busuk, dan tidak langsung kau tembak sesuatu momen di sana. Kaulah poseur sejati, wahai Bro/sis/pakcik/nenek!!







Oh lupa! kau ambil gambar abang aku kahwin dengan iPad bagak kau. Hati-hati bro.

Hitam Seksi, Gelap Manis

Assalamualaikum...

Lu nak cakap gua bayang-bayang ke, mamak ke, bahan bakar pun, aku tak kesah. Aku rasa benda ni betul! Oh terharunya...


Entri terpendek aku setakat ini.

Thursday, February 9, 2012

Ragam Orang Kita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..Cewaaahhhh!

Kali ini, aku nak share sedikit tentang perihal orang-orang Melayu kita yang acapkali salah dan mempergunakan jenama terkenal ini untuk kepentingan peribadi. HAHAHA!

Ok, terus kepada situasi pertama -->

Kiah: Amboi Cik Jah, awal bulan dah beli PAMPERS banyak-banyak macam tu?
Ijah:  Maklumlah, cucu aku ni kuat minum, kuatlah kencingnya (sambil tangan pegang LAMPIN PAKAI BUANG jenama lain)

faham kan??

Sama juga macam situasi lain, pantang kalau nak beli mee segera je, mesti cakap "Nak beli Mee MAGGI laa" padahal yang dipegangnya MAMEE, CINTAN, dll


LAWAK KAN?

Ubat Sakit kepala klise PANADOL
Ubat gigi klise COLGATE
biskut klise biskut JACOB
tuala wanita klise KOTEX






walaupun niat di hati nak beli jenama lain yg lebih murah dan efisien, tetapi jenama ini sudah terlalu TOP dan menggantikan nama benda itu sendiri.

Kenapa Limau dipanggil OREN dan kenapa Anggur tak dipanggil UNGU dan
 EPAL tak dipanggil MERAH?
Renung-renungkanlah...

Jangan Marah!! Chill...
Salam

Monday, February 6, 2012

Oh!Howard Webb

Assalamualaikum,




Terasa sangat kecewa apabila orang yang kita gelar pengadil bersifat tidak adil. Ini bukanlah kali pertama pengadil Howard Webb, antara terbaik di dunia untuk bola sepak melakukan kontroversi. Terkini, beliau menjaringkan mengahdiahkan dua gol PENALTI untuk Manchester seri 3-3 dengan Chelsea awal pagi tadi. Keputusan yang betul-betul mengecewakan, sekecewa DSAI terbebas dari hukuman liwat.
oh Ok!


Ada yang cakap Chelsea bangang kerana seri selepas mendahului 3-0, namun bagi aku ketidakadilan ini terjadi setelah gol PENALTI kedua diberi walaupun jelas berlaku lakonan terbang superman. Moral jatuh, Chelsea terus tersungkur. Tanpa kapten John Terry dan juga krisis dalaman jurulatih,AVB Chelsea tampak semangat JIKA mereka menang pagi tadi. Tapi sayang...


Apapun jua alasan, bola itu bulat. Dan satu fakta menarik, selama 10 tahun Manchester masih gagal menumpaskan Chelsea di gelanggang tuan rumah Stanford Bridge walaupun kali ini dengan bantuan pemain ke-12 mereka, Howard Webb. 


: gambar sindiran :
Malas cakap banyak. OKbai

10 info mengenai Howard Webb

Saturday, February 4, 2012

Inilah namanya Kawan

Assalamualaikum...


Yang tiada, jangan berkecil hati.
Ruang hati saya terbuka luas untuk anda..

Friday, February 3, 2012

Buku Ilmu Itu Emas Akhirat

Assalamualaikum sahabat...

Mungkin ada dalam kalangan anda sudah mulai bosan melihat dan membelek facebook setiap hari. Saya cadangkan kepada mahasiswa sekalian, rakan-rakan penuntut ilmu, hargailah BAUCER BUKU 1MALAYSIA yang telah kerajaan berikan kepada anda.




Gunakan dengan baik, dan jangan pula kau jual untuk raih keuntungan segera. Kerana apa, buku dan ilmu akan bertahan lama, namun duit akan hangus dalam keborosan dunia.

Aku tunjuk pada korang buku yang telah aku beli menggunakan kepingan pertama BB1M aku:






Terima Kasih kerajaan memerintah (ini tidak ada kaitan dengan meraih undi PRU 13)
Harap Maklum

Tepuk dada soallah hati. Anda perlu menjadi insan yang reti bersyukur untuk menikmati rasa indah membaca buku percuma seperti ini.

Oh! Tidak lama lagi, mungkin minggu hadapan, si dia bakal melahirkan. Baik aku mula memilih nama dan cadangan nama bayi untuk si dia. (^__^)

Melayu Menjadi Inggeris

Sekejap sahaja, tempoh masa tiga tahun perkuliahan aku di perbukitan ilmu UKM akan berakhir Julai ini. Sedar atau tidak, aku perlu pasrah dengan jalan yang aku pilih dan corakkan apa yang telah takdir berikan dan uji pada diriku.

Assalamualaikum...

Terkenang semasa dahulu. Teruja untuk aku memilih jurusan bahasa Melayu sebagai asas haluan hidup, kerana aku gemar bermain kata. Namun aku perlu redha, Allah itu Maha Besar. Dia Maha Mengetahui akan sesuatu.

Pilih Bahasa Melayu, kini aku berbangga dengan
 Ijazah Sarjana Muda Sastera (Inggeris)

Thursday, February 2, 2012

Dengan Lagu Kami Rapat



Tangisan,
Mengiringi perpisahan ini,
Berderai menitis,
Ke tanah yang tandus,
Kejora suram diselubungi,
Awan mendung,
Pemisah insani dan jiwa kudus…

Hilanglah harta,
Selautan dunia fana,
Anak kecil menagih susu si ibu,
Kala si tua merintih hiba,
Nasib duka,
Menanti sinar kunjung tiba…

Peluru buta, terjah merata,
Insan tak berdosa menjadi mangsa,
Kuasa dunia sekadar membuta,
Alasan alpa,
Mengapung sengsara…


Tangisan bumi tandus,
Rintihan menyeru semangat dunia,
Hulur tangan menggapai,
Impian dan duka,
Menguntai ikatan cinta semalam,
Yang sirna ditelan noda…  


Assalamualaikum...

Secara tiba-tiba aku rindu zaman sekolah, semasa Pertandingan Puisi dan Lagu. Dimana puisi atau sajak dideklamasikan dahulu dan kemudian dilagukan pula. Terima kasih kepada cikgu Ghazali Lateh yang membimbing, dan berani menghantar kami mewakili SMK Telok Datok dan julung kalinya dalam penyertaan sulung, kami JUARA Daerah Kuala Langat, namun terkandas di peringkat negeri.

Silapnya? Hanya satu. kami sangat amatur dan tiada alatan muzik yang gah seperti sekolah lain. Kami ada dua gitar kapok dengung dan siulan dari mulut. Hahaha!

Aku bercadang nak makbulkan impian penyanyi ini, dan cuba rakamkan kembali lagu ini. Mungkin sebuah video klip amatur sudah cukup. Siapa Tahu kami mampu mengukir bintang seperti Najwa Latif dan Yunalis Zarai bukan?

Doakanlah kami.





Wednesday, February 1, 2012

Ingin Sekali Aku Menegur

Salam..

Permulan yang ringkas untuk teman alam maya. Aku rasa dalam alam maya ini, semua benda perlu simple, kalau tidak mana mungkin banyak perkataan yang aku terkadang tidak paham dahulunya, muncul di laman sosial.

Berbalik kepada ingin menegur ini. Aku rasakan, sebenarnya sudah lama rasa ini aku pendam, aku ingin jerit bahawa artis Malaysia terlalu seksi. Mungkinkah kerana iklim khatulistiwa buat kau seakan telanjang? Kau sudah lupa tudung labuh tutup dada kau? Kau sudah lupa nilai-nilai ketimuran kau yang mak kau canaikan dalam budaya kau masa kau hingusan dulu?Kau pasti Melayu, dan kau cepat Lupa.

Ini tak bermakna yang aku setuju bangsa lain, Cina dan India perlu seksi dan bergaya dalam kotak TV dengan pakaian barbie doll dan LUCAH. Mual!!

Tidak perlu kau pakai baju sendat jika kau berlakon dua frame dalam sebuah drama, tidak perlu kau warnakan kuku dan gulung rambut karat kau walaupun watak kau hanyalah gadis kilang. Oh!
Izinkan aku mual sekali lagi.

Entahlah. Sampai bila kau nak terus rosakkan generasi muda masa kini?
Sekarang musim tudung pelik-pelik. Jujur aku cakap kau cantik bertudung pashmina menda tu, tapi kau janganlah lupa longgarkan dan labuhkan baju kau itu.
Ini tidak, pakai seluar getah ketat, baju bikin tersembul daging, lalu memakai tudung.

Itu bukan menutup Aurat, itu Budaya Sesat.

Lelaki? Jangan fikir kau dah macho kau mula pakai baju nipis menampakkan boroi perutmu,kau tindik telinga kau dengan subang magnet. Apa semua ini? Jangan kerana kau kejar glamor, agama kau humban ke Longkang.

Cukup-cukuplah. Banyak mata memandang. Adik-adik darjah 5 pun dah pandai pakai skirt dan karatkan rambut, sebab kau pengaruh mereka. Kau, jadilah contoh yang baik. Berlakonlah dalam keadaan berjilbab, dan menjaga batas aurat. Islam itu Indah Kawan. Barakallah.

Assalamualaikum.