Friday, December 7, 2012

Dilema #1: Fresh-graduate



Assalamualaikum dan salam penuh barakah buat semua pembaca yang sudi mencari sedikit ilmu dalam blog picisan ini. Mulai hari ini, aku rasa aku ingin memulakan sebuah revolusi dalam ber-blog, iaitu berkongsi masalah (dilemma) tipikal terutama yang dihadapi remaja.

Buat entri yang pertama ini, aku akan cuba kongsi perihal fresh graduate (lepasan universiti / institusi pendidikan) terutama dalam usaha pembinaan karier. Rata-rata golongan ini berusia seawall 20 tahun dan tiada had umur maksimum (pembelajaran sepanjang hayat) kata mereka.

Isu 1: Peluang Kerja

“Kamu tiada pengalaman kerja, maaf. Kami boleh anda bekerja, tapi gaji yang ditawarkan hanyalah setaraf dengan SPM sahaja”

“Anda belajar hebat, namun tiada pengalaman. Sayang!”
 
“Aku kini bergelar sarjana, mana mungkin akukerja sebagai kuli? Paling tidak, aku perlu menjadi timbalan pegawai besar”.

Oh!

Isu 2: Berkahwin

“Kawan kau semua dah kahwin, kau bila lagi? Carilah kerja, lepas tu kahwin”

“Mak nak sangat timang cucu!” Oh yea! Mak juga nak timang-timang beg berisi duit gaji kau tiap bulan. Keluarlah, cari kerja!!”

Aduhai. Oh omak den..

Isu 3: Persepsi

“Cuba kamu tengok abang tu, belajar sampai Universiti, mesti hebat dan penuh teladan dia tu.”

“Tapi, abang tu selekeh, kerja pun tiada. Selalu sangat Nampak dia merempit tiap malam!”

Mereka mengharapkan gunung emas dari seorang pelombong amatur. Mana mungkin.
Aku rasa banyak lagi dilemma lepasan graduan seperti aku. Tapi, buat masa ini, cukuplah hanya ini. Cuma satu aku pesan, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami wahai masyarakat.

Oh yea! Jangan memilih kerja.
Takde kerja, macam mana nak kahwin, ye dak?

Wassalam.

Tuesday, December 4, 2012

Menunggu

Assalamualaikum.

Akhirnya, penutup tahun indah 2012 bakal menjelma.
Apa yang aku mampu katakan untuk tahun ini?
Banyak pencapaian aku sebenarnya dan juga seperti orang yang lain juga, ada manis, hitam, dan putih dalam kehidupan mereka.

Berbalik kepada soal menunggu, ianya tidaklah terlalu berat dan memeningkan. "Tunggu" itu sendiri sangat subjektif, dan sebenanrnya, jika kau tabah menunggu, kau akan menjadi salah 1 dari pilihan yang dua ini,
Bahagia ataupun Kecewa.

Menunggu itu memang memenatkan. Tapi jika kau rasa ianya berbaloi untuk dinantikan, aku rasa, setakat tiga tahun atau lima tahun, bukanlah tempoh yang lama.

Kau mungkin ambil masa lima tahun mengenali si dia sebelum kau mula melamarnya menjadi teman cinta hati kau. Mungkin kau akan bahagia dengan jawapan Ya, aku terima kau seadanya;
dan mungkin juga kau kecewa dengan jawapan,
Tidak, aku sudah jemu dengan kau. Tindakan kau yang terlalu lambat merimaskan aku.

Menangis? Tidak perlu.
Peluang kedua? Usah terlalu optimis. Berkenaan soal hati dan jiwa ini, kita perlu bertindak cepat.
Menyerah atau enggan Mengaku Kalah.

 


Bagi aku, jika aku mendapat jawapan Tidak dari si dia, aku akan terus pergi.
Aku tidak rugi apa-apa, tapi dia yang akan rugi,
Kehilangan orang yang benar sabar menanti dia, apa adanya.

Wassalam.