Saturday, November 5, 2011

:: HUJAN - Bahagian 2 ::

iMasing- masing kini sudah menjangkau usia remaja. Aku pun sudah mulai kenal erti  berkawan. Aku akui aku bukan insan yang sempurna. Mustahil bagi aku, anak biasa-biasa, yang hidup dalam suasana biasa, keluarga sederhana, lari dari sifat angkuh dan keras kepala. Mungkin kerana kami dididik dalam suasana yang santai, tanpa tali pinggang, batang mop, dahan dan ranting pohon rambutan menjadi ulam belikat kami. TIDAK!! Abah dan emak sayang kami, tegur dengna berhemah. Cuma kata-kata abah memang pasti akan buat telinga berdesing.

Aku anak bongsu. Pasti aku paling disayangi. Tidak, kau silap meneka. Abah dan emak tidak pernah membezakan anak mereka. Jika kau kuat memberontak, maka kau senang dapat apa yang kau ingini. Kerana aku anak bongsu, naluri aku cepat sensitif, kerana masa aku banyak terhabis bersama emak. Sedih untuk aku meminta-minta abah dan emak, sedangkan abah semput tiap malam,dan emak jarang dapat 6 jam lena tidurnya.

Aku sedih, dan rasa amat bangang kerana terlalu manja sewaktu kecilku. Tiap hari, emak perlu membawa aku bersiar-siar di dalam kebun hanya untuk memakaikan aku baju dan tidurkan aku. Tangisan itu kuasa anak kecil kan? Bagi aku, tangisan waktu kecilku amat menyusahkan hidup emak dan abah.

Sewaktu tadika, emak menghantar aku setiap hari. Aku diletaknya atas tempat duduk, sedangkan emak yang penat memasak terpaksa menolak gerek tua sepanjang 2 simpang jalan untuk ke tadika aku. Bunyinya memang lucu, tapi aku minta maaf emak. Aku terlalu kecil untuk mengerti itu semua.

Aku redha. Aku inginkan dan sering berdoa anak aku nanti akan menjadi seperti aku. Bukan kerana aku kedekut, tapi aku suka jika anak aku tahu apa itu SYUKUR.


Aku minta maaf. Aku pulang bercuti dari pengajian di UKM sekali-sekala, dan akan pulang jika tiada urusan di kolej. Aku cuba mengurut dan memeluk emak selama yang mungkin, mengurut kaki kematu emak yang penat berjalan. 

Kini, emak perlu berehat. Baring sahajalah. Biar aku pula yang berjalan melayan emak..