Sunday, August 28, 2011

Fakta: Kasi Otak Relaks


  • Di zaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.
  • planet uranus mempunyai 27 bulan
  • Viking, setelah membunuh musuhnya, mereka menggunakan tengkorak kepala sebagai cawan.
  • Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.
  • wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.
  • Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.
  • Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya.(Lidah setajam pisau)

  • Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.
  • Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat.
  • Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.
  • Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri.
  • Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jari tengah (hantu)
  • Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.
  • Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.
  • Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal.
  • Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. 
  • Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya.
  • degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.
  • Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.
  • wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.
  • wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.
  • ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing
  • harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.
  • untuk menghasilkan sebuah kereta, 148,000 liter air digunakan.
  • kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya..huhu

  • 2 juta sel darah merah mati setiap saat.
  • tidak seperti katak, kodok tidak boleh melompat.

  • tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.
  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
  • ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia.
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ‘ya’ dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.
  • pembuka tin hanya dicipta selepas 48 tahun tin diperkenalkan.
  • tayar yang diisi angin hanya diguna untuk basikal sebelum mereka menggunakan nya pada kereta.
  • klip kertas telah dicipta oleh orang Norwegian Johann Vaaler.

  • Leonardo Da Vinci tidak pernah mencipta apa yang dia reka.
  • Count Alessandro Volta telah mencipta bateri pertama pada abad ke 18.
  • Pada tahun 1860an, George Leclanche telah membangunkan bateri sel kering, asas bateri moden.
  • Joseph Niepce membangunkan gambar fotografi pertama didunia pada 1827.
  • Matahari bersaiz 330,330 kali ganda dari bumi.
  • berlian hijau adalah berlian yang paling jarang ditemui.
  • Musim panas di planet uranus adalah selama 21 tahun, begitu juga musim sejuk.
  • Gurun sahara membesar 1KM sebulan.
  • semua planet dalam sistem solar berputar mengikut lawan arah jam, kecuali planet venus satu-satunya planet yang berputar mengikut putaran jam.
  • Ekor Great Comet pada tahun 1843 adalah sepanjang 330 Juta KM, dan akan kembali pada tahun 2356.
  • Tiada lagi rekod mengatakan seseorang telah terbunuh oleh meteorite, tetapi haiwan terbunuh oleh meteorite adalah biasa.
  • Laut mati adalah sedalam 365m bawah paras laut.
  • Ribut secara rasminya akan menjadi taufan bile angin cyclone berkelajuan 119KMJ
  • Belanjawan dunia untuk peperangan lebih dari $700 juta, manakala belanjawan dunia untuk pendidikan tidak lebih $100 juta.
  • Peperangan terpanjang dipanggil perang 100 tahun antara Britain dan Perancis, sebenarnya peperangan ini berakhir selama 116 tahun, iaitu pada tahun 1453.
  • Bila terbunuh dalam pertempuran, pegawai jepun akan dinaikkan pangkat tertinggi.

  • Tokyo juga pernah dikenali sebagai Edo.
  • Kesemua nama benua diakhiri dengan huruf pertama nama benua itu sendiri…(English)
  • Mastercard pada mula nya dikenali sebagai MasterCharge.
  • Perkataan “The quick brown fox jumps over the lazy dog” menggunakan kesemua alfabet.
  • Kerusi elektrik telah dicipta oleh seorang doktor gigi.
  • Kerana grafiti bumi, adalah mustahil gunung boleh melebihi ketinggian 15,000 meter.
  • Seekor lipas mampu meneruskan hidup selama beberapa minggu walau tidak mempunyai kepala,
  • anjing dan kucing seperti manusia, samaada kidal atau tidak.
  • Gigi manusia hampir sekeras batu.
  • Sekiranya anda mengira 24 jam sehari, ianya akan mengambil masa 31,688 tahun untuk mencecah 1 trillion.
  • Purata manusia biasa mengalami 1,460 mimpi setahun
  • Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.
  • perkataan asal butterfly ialah flutterby!
  • Negeri Florida adalah lebih besar dari negara England.
  • tahukah anda, bunyi itik tidak bergema, dan tiada siapa tahu mengapa..
  • Ngauman singa boleh didengari dari jarak sejauh 5 batu.
  • Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.
  • sejenis cacing tanah di australia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang.
  • Nama sebenar Albert Brooks ialah Albert Einstein.
  • Alexander Graham bell ialah pencipta telefon, namun beliau tidak pernah menelefon isteri atau ibu nya, kerana mereka berdua pekak.
  • Mata burung unta lebih besar dari otaknya.
  • air kencing kucing boleh dilihat dibawah sinaran lampu gelap.
  • Kucing mempunyai lebih 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.
  • Buaya menelan batu untuk membantu ia menyelam lebih dalam.
  • George washington membesar dan membela marijuana di tamannya.
  • pil perancang kehamilan untuk manusia juga berkesan untuk gorila.

  • Hummingsbird tidak boleh berjalan.
  • Rambut dan kuku manusia akan berhenti memanjang selepas mati.
  • sekiranya anda melihat pelangi, sudah semestinya matahari berkedudukan di belakang anda, anda tidak akan dapat melihat pelangi sekiranya matahari didepan anda.
  • sekiranya anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa-apa nombor, anda akan mendapat hasil yang sama.
  • iguana, koala, dan biawak komodo mempunyai 2 kemaluan.
  • Di england, Speaker tidak dibenarkan bercakap.
  • di banjaran Andes, masa kerap diukur ‘berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan sebatang rokok’.
  • adalah menjadi kesalahan dan tidak sah menjadi pelacur du Siena, Italy sekiranya nama anda adalah Mary.
  • Mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  • Lady Astor pernah memberitahu Winston Churchill ‘ sekiranya anda suami ku, aku akan meracuni kopi mu’. dan dia membalas ‘sekiranya anda adalah isteriku, aku pasti akan meminumnya’.
  • Leonardo Da vinci telah mencipta gunting.
  • hanya nyamuk betina sahaja yang menyengat.
  • Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit.
  • pogonophobia adalah takut kepada janggut.
  • Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.

  • Air soda tidak mengandungi soda.
  • Pemetik api rokok telah dicipta sebelum mancis dicipta.
  • Tiada 1 pon jam di casino Las Vegas.
  • Saudi Arabia tidak mempunyai sungai.
  • semasa di havard university, Edward Kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
  • pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
  • bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
  • cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
  • Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
  • tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
  • terdapat lebih 4 juta kereta di Brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
  • gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.
  • anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
  • istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.
  • Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.
Assalamualaikum!!

Saturday, August 27, 2011

Pulang Awal Ke Kampung

Assalamualaikum blogger semua!!

Sempena musim perayaan ini dan cuti serentak Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak anda menyertai kempem "Jom Balik Kampung dengan Berhemah"


Bagaimana? Mudah sahaja..


Ikuti 8 Tips Asas Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya:

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Jika boleh, mohonlah cuti 2 hari sebelum Hari Raya, kerana jika malam raya Baru nak balik (terutama area Kuala Lumpur) maknanya anda beraya di Dataran Merdeka jela...

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan memudahkan perjalanan anda, berkongsilah kereta (bagi anak-anak bujang dan dara pinggitan) dan pilihlah pengangkutan awam kerana ianya lebih murah ! (Tiket beli di kaunter, bukan beli dari Ulat). Beli tiket sebulan lebih awal, kerana maklumlah, tiket pasti akan habis cepat macam album Super Junior di kedai VCD.

:: suasana di Puduraya menjelang hari Lebaran ::


Apapun yang anda rancangkan, rancanglah ianya lebih awal. Kerana tidak salah pulang awal beraya ke kampung, dan jangna lupa, pacak bendera Malaysia kat kenderaan anda !! Kasi gegar sikit...


Bagi yang tak dapat tiket balik beraya, duduk di rumah, makan cokelat..
Layan cerita menarik sempena Aidilfitri nanti..
Nak Lagi?? Boleh lihat sini:

SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN !!

Friday, August 26, 2011

Seronoknya Bersama di Hari Raya 2010

 Sedikit gambar kenangan untuk memori bersama...
InsyaAllah, tahun ini akan tercipta memori yang lebih Indah...











Wednesday, August 17, 2011

Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna

Kelak kau akan rugi kerana jangkaan kau selama ini kepada si dia susah untuk dia tunaikan, kerana Kau harus tahu, dia juga insan marhein seperti kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini merupakan sedikit teguran kepada mana-mana Lelaki yg terlalu memilih dan mengejar jodoh yg sempurna...

"Saya ingin yg tinggi lampai, yg kurus, kulit mulus dan putih gebu, hormat orang tua, pandai masak, pandai mengaji, dan manis senyumnya", ujar seorang Lelaki kudus...



Kau juga harus menilai Layakkah Kau perolehi cinta dari gadis seperti ini? Hebatkah anda untuk berdebat pasal agama? Yakinkah anda tidak cemburu ketika berjalan bersamanya? dan Mampukah anda tidak mengkritik lauk masakannya? Belum apa-apa sudah merungut...

Usah Menilai Rupanya Kelapa;
Andai Berlubang ataupun Belum;
Santannya Masih Tetap Sama...

Sebaliknya, kita perlu menerima pasangan kita seadanya. Jangan terlalu mendesak untuk dia menjadi seperti artis idaman anda, kerana benda yang dipaksa tidak bertahan lama. Carilah yg menutup aurat, dan bijak agamanya. Jika si dia belum menutup aurat, bimbinglah dia, dan didiklah dia dengan limpahan agama...

PENCARI

Aku bukan mencari Siti Khadijah
Tidak pula aku mengharap Siti Fatimah
Cukup sekadar kau setia, dan
ketabahan kau aku bangga
Aku mencari pengisi sepi
Menemaniku di sisi jam pasir
Yang sibuk menghentak waktu mencari marhein
Di saat purnama suram, ditumbuk bintang gelap…

Pencarianku bukan atas nama
Atau dasar harta segunumg rimba
Telah aku ungkap, telah aku omongkan
Hanya peneman sepi
Menjadi penghibur saat aku luka
Menjadi cebisan tisu saatku  terduka…

Bersabar wahai bakal anak
Aku mencari terbaik untukmu
Mencari yang mampu memukulmu manja
Di kala tiap kali kau alpa dan hanyut di syurga dunia
Wahai wanita marhein
Aku tahu kau ada di situ
Keluar, tunjukkan ikhlasmu
Hayunkan pekertimu, buaikan syahdu jujur di hatiku…

Tidak mungkin akan jadi sempurna
Kerana aku bukan mengharapkan wali atau malaikat
Aku hanya ingin peneman sepi yang setia
Tidak ku pandang cacat tubuhnya
Ku hanya amati sempurna jiwanya…                                                                                             
 -Lantera-


Monday, August 15, 2011

+ Nota Usang Buat Bekas Kekasih +

Assalamualaikum;

Aku harap kau bahagia dengan dia sekarang. Kau apa khabar? Pertamanya, aku nak ucap tahniah kerana kau telahpun berbadan dua. Aku mulanya cukup terkejut dan rasa bagaikan tidak boleh bernafas. Lama aku pujuk hati, aku sedar kau bukan lagi "tulang rusuk buatku"

Aku berfikir jika kau bersama aku sekarang,mungkinkah kau rasa bahagia? Mungkinkah kau akan rasa dibelai dan dicintai? Aku panas baran, lembik, dan tiada apa yang boleh kau ceritakan hebatnya aku pada keluarga dan kawan-kawan sekolah kau. Sekurang-kurangnya, dia sudah bekerjaya,  dan pasti dia sangat hebat di mata kau sekarang. Dia betul-betul sayangkan kau...

Aku cuba untuk tidak rasa sedih. Aku harap dia akan selalu tanya keadaan kau seperti aku lakukan dulu. Dia resah akan jadual makan kau yg tidak menentu, dan dia ambil berat kesihatan kau, seperti aku lakukan dulu. Aku nak dia menggantikan aku menjaga kau. Anak dalam kandungan itu bukti cinta dia pada Kau. Janganlah kau simpan perasaan pada aku lagi. Jika aku miliki kau, belum tentu kau akan jadi apa seperti apa kau alami hari ini; mengandung dan tersenyum mesra. Mungkin kau akan derita kerana aku perengus orangnya, tidak seperti dia...

Awak, aku sorongkan madah ini dengan senyum manisku, airmata keringku, dan perit pasrahku. Aku harap kau sentiasa bahagia. Sentiasa. Memang ibubapa lebih bijak mencari kebahagiaan utk anak mereka, Kau memilih Keluarga dan menolak Aku; Betul Tindakan Kau. Kau tidak Salah!!

Jangan pernah rasa terhutang budi dengan apa aku lakukan dulu. Belaianku, ucapanku, prihatinnya aku, memang kau layak terima kerana kau sudah balas sebenarnya apa yang aku lakukan itu, dengan bagi aku Bahagia (walau sementara). Jangan terlalu ingatkan aku sehingga menamakan bayi itu dgn Namaku, kerana nama ini besar Amanahnya. Aku pun tidak kuat membawanya... 

Akhirnya, aku harap kau Bahagia. Kau sudah Memeluk Pelangi. Sedangkan aku, masih mencari tongkat untuk Mula melangkah melihat Awan. Aku Masih Jauh untuk Cinta. Aku tiada apa ingin berikan pada Wanita, Aku Naif dalam bidang ilmu Agama, Sifatku pula Banyak Nakalnya...

Kamu, jaga diri. Aku pernah Kata aku akan tunggu kau bila kau bercerai nanti. 

Aku Bohong !!!
Kini, Aku hanya mahu Kau terus Bahagia dan Tersenyum...



Saturday, August 6, 2011

:: Dodol Si Bujang Sepai ::

Entri pada hari ini adalah masanya untuk aku kongsi dengan korang pengalaman mengacau dodol, dalam hidup aku...
Ianya bermula pada 2 Ramadhan yg Lepas ketika mana Kolej kediaman aku di UKM buat pesta;
"Syoknya Syawal"..






Hari ini merupakan kali ketiga aku mengacau dodol, dan lebih mengharukan proses kali ini hanya memakan tenaga 3 orang sahaja; aku, Abah, dan Akak.

FEEL?
Memang dahsyat, sampai bengkak tangan ni, namun kepuasan paling penting:


Kalau tak silap aku, bahan untuk buat dodol ni simple sangat
Bahan-bahan untuk membuat dodol Labu dan kacang merah ialah:
  1. 6 kampit tepung pulut (standard saiz paket gula pasir), bancuh dengan air terlebih dahulu..
  2. 5 atau 6 kampit gula (saiz standard paket gula pasir)
  3. 3 biji labu yg dah direbus dah dibuang kulit..
  4. kacang merah yang halus (bukan yg cendol punya), ikut suka banyak mana..
  5. Paling penting, Santan! Kata abah, 6 bungkus santan segar memadai,namun jika nak lebih "canggih beb", letak la 8 bungkus.
  6. Kacau sehingga skru pinggang bergoyang ( sehingga tidak melekat) 

4 jam mengacau, hampir kental

AKHIRNYA,

SEMPURNA

Entri ini bukan utk takbur atau menyakitkan hati, namun niat untuk berkongsi,
Assalamualaikum~~

Biar Gambar Bercerita



 









 






Hanya Seorang "Penembak Amatur" yang Suka akan Indahnya Alam.
Assalamualaikum...

Thursday, August 4, 2011

Aku mahukan Pelangi

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan ribut petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " 

"ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan 
sekiranya kita tabah dan terus berusaha"
Begitulah juga dengan Hidup kita. Musibah datang dan pergi dengan rela atau paksa. Kita perlu kuat. Jika tidak, pastinya kita akan tersungkur sebelum berjaya bangkit. Beginilah lumrah alam. Pelangi, ribut, hujan, dan terik mentari adalah simbolik perasaan dalam jiwa kita.

Terkadang kita sepi, dan terkadang kita gembira, namun semuanya bersifat sementara.

Pelangi yang hadir mengheret kita utk Tersenyum

Usah ditanya kenapa Manusia perlukan Bahagia, kerana Aku tiada Jawapan utk Itu. Namun apa yg aku tahu Bahagia itu umpama jantung dalam kehidupan kita. Jika tanpanya, kita akan bermurung, dan jika hadirnya kita akan senang tertawa.

Namun, aku tidak suka jika ada Manusia yg Sengaja memberikan sengsara kerana baginya, itu adalah Bahagia. Aku berikan contoh; seorang kekasih acapkali memarahi kekasihnya kerana kerja lewat malam dan asyik sibuk dgn urusan kerja. Adakah ini cara menunjukkan sayang, atau Cemburu tidak Bertempat.
Kau harus percaya pada takdir, jika dia Milik Kau, Kau tidak perlu takut. Sebaliknya, persiapkan diri utk menjadi Lebih Baik.



Luahan ini aku tujukan kepada yg terlalu pasrah dan patah hati. Kau kena ingat, kau hilang satu Bahagia,bukan semuanya. Keluarga dan teman masih ada. Tidak perlu menantikan peluang yg tipis. Kerana apa?

"Setiap Hari Pasti Akan ada Pelangi Baru yg Bakal Menyinar"

Maka,Belajarlah untuk Tersenyum kerana Senyum itu Ukiran Bahagia.

Wednesday, August 3, 2011

Jodoh : Desakan Keluarga

Aku cinta kamu sampai mati,tiada siapa mampu pisahkan Kita.
KEPALA HOTAK!!Cakap memang mudah,tapi kau sanggup hampakan keluarga kau?



Percintaan masa remaja sangat indah, tapi kita bukan Tuhan untuk mencongak takdir.
Cinta kita sampai Syurga. Percaya?

Tapi bila mana ibu cakap;
"Mak berkenan dengan si dia, kami nak sangat dia jadi menantu kami.Maka tiada apa nak mintak dari kamu,cuma mak nak,kamu terima dia menjadi pasangan kamu". Errr...


Rombongan meminang dan telah diterima walaupun dengan deraian air mata. *Gambar hiasan*

Kini,janji hanya tinggal janji. Kekasih dibiarkan terkapai dan kau berusaha mencari yg baharu.
Kami bukan sampah dan kau juga perlu berjuang untuk cinta,bukan menurut sahaja semuanya...

Tunang abang aku, bakal merangkap akak ipar aku, insyaAllah...*Sekadar gambar hiasan*

Kini, aku dibiarkan terkapai?Termenung dan menonggeng kerana bertahun-tahun cinta kau sulam... 
Sempoi pak hang je blah macam tu. Kau tidak gentleman! Huhuhu..
Wanita mungkin akan akur dengan pilihan keluarga,namun jika Lelaki pun tidak boleh pertahankan cinta,MALAH memburukkan lagi pasangannya bekas pasangan dengan caci maki di hadapan keluarga. 
Apa semua ini?

Termenung jauh,sukar utk menerima hakikat ditinggalkan kerana desakan keluarga menghalang...

"LEWAT BEBERAPA MINIT"
Derai tangisku tak mampu menjamah lukaku
Parah tubuhku tak bisa singkirkan kau dari otakku
Kau berpaling, diheret yang kedua
Sedangkan aku baru bersiap
Melukis pelangi di atas kaca bahagia…

Mudah kau kata selamat tinggal
Kerana desakan, cinta kau korbankan
Tiada lagi usapan manja kerana dirimu terbatas
Tiada lagi ucapan selamat pagi menyulami telefon bimbitku
Nada deringku sepi, berpuasa dari menjerit
Kerana kau sudah jauh, dibawa lari oleh kedua…

Sinaran di jari manismu
Memalitkan semua kepedihan
Kau diam tanpa berita
dan sekian lama
Berita hiba yang kau bawa
Aku hanya lewat berapa detik
Untuk aku ucap sayang dan bahagia
Kini tiada lagi masa depan, kerana
Laluan sudah berbaur kegelapan…
Nukilan ikhlas: Lantera Jingga


Namun, kau perlu ingat manusia perlu disayangi dan semuanya boleh diselesaikan dengah berhemah. Jika kau malu dan takut untuk mempertahankan cinta kau sendiri, Usah berani mengaku yg kau punyai Jiwa.

SELAMAT BERBAHAGIA bersama Menantu pilihan Abah Kau, Mak Kau...