Wednesday, July 27, 2011

Selamat Datang Kekasih


Selamat Datang Ramadhan kali ke-1432...

Patinya Ramadhan kali ini ingin diharungi dengan lebih baik oleh setiap umat Islam di setiap pelusuk Dunia... Pertamanya, dan terpenting sekali adalah niat. Adalah tidak sah puasa seseorang itu jika dia tidak melafazkan niat...Jika anda sedar anda ini seorang yg sangat Pelupa,maka moleklah pasang niat utk SEBULAN terus:

Jika tidak,niatlah setiap hari dan juga jangan lupa bersahur itu perlu walaupun hanya seteguk air dan sebiji kurma, dan adab yg lain boleh anda teliti di sini... 


Juga perlu tahu akan perkara yg boleh menambah DAN mengurangkan Pahala Puasa kita, Rujuk tulisan seorang sahabat ini dan diharapkan elakkan pembaziran dan sentiasa bersederhana, bukan pada Ramadhan sahaja, bahkan sepanjang masa...

Bunyinya seperti entri yg biasa, dan biasanya benda yg remeh seperti inilah yg kita terlupa...Semoga Ramadhan kali ini dilimpahi Jutaan Barakah dan Hidayah...InsyaAllah

Bersederhana lebih Baik daripada membazir dan terbuang, tidak terusik kerana Anda harus sedar membazir itu amalan Syaitan...

Sunday, July 24, 2011

Begitulah Cinta Begitulah Gaya Makannya

Kesopanan dan Kesusilaan di meja makan..

Fokus

Gaya makan si dia di meja makan juga memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan.

  • Makan dengan tenang
Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Untunglah...
  • Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Perhatikan cara dia makan. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Cukup teliti! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
  • Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi tidak kerap. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah hendaknya!

  • Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu mungkin. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah.Moodnya susah untuk diramal...

  • Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

  • Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Biasalah tu, si dia jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis lain,jika tidak, hubungan kamu dalam percaturan...


Kajian ini bukanlah boleh diambil terus, namun sedikit sebanyak mungkin dapat membantu...Apapun, kebersihan dan kesopanan itu kan memang dituntut dalam Islam kan?Renung-renungkanlah...

Monday, July 18, 2011

Lelaki: Hitam dan Putih

Entri kali nie agak sedikit pedas dan mungkin akan menyakitkan hati bebrapa pihak..Ya mungkin,namun inilah hakikat yg perlu diterima untuk jadi lebih Baik..
Apa ada pd Lelaki?
  • Kami romantik, 
  • penyayang (ada kalanya sampai kongkong awek bagai), 
  • pemurah (sanggup topup utk gayut tiap2 malam sambil gentel cuping telinga)
  • penyabar (tunggu awek berjam2, x kesah la mana lokasi pun, samada rumah,toilet,atau mana jer)
  • dan juga mungkin leh try tgok sini utk bacaan sebelum tidur kerana ia sgt panjang~~

Tidak Semua Lelaki setabah Seth dalam Nora Elena...


 

Cuma,ada sisi bangsat yang tak bagus dari Lelaki:
  • emosional (tahu nak baran kejanya)
  • kaki pukul (stok reject dr friend list aku)
  • gila seks (sorry to say,tp banyak sgt katanya cinta,namun visi sebenar hanyalah nafsu! celaka)
  • materialistik (suka ambil kesempatan kewangan..aku tahu kerana aku Lelaki)

Tekanan yg dialami Wanita mampu memendekkan usia sehigga 20 tahun...

Bagi wanita,kamu perlu Bijak,memilih Landasan Cinta itu utk Apa?mencari khalifah dalam rumahtangga (suami) atau hanya Isikan tempat kosong ____ hati kamu dgn Lelaki yg sesuai??

Kamu juga harus percaya bahawa Setiap Wanita Merupakan Tulang Rusuk Bagi Lelaki...Maka,berusahalah mencari tulang rusuk yg sebenar..Selebihnya,Berserah, Tawakal kepada Allah s.w.t

Susah nak tengok bahagia seperti ini dalam dunia nyata,dan x mustahil boleh dapat Bahagia...

Friday, July 15, 2011

Remove, Re-Add, Approve

Entri kali nie aku ingin bicara topik panas pasal "invention" yg wujud dalam Laman Sosial paling top kat dunia sekarang ini, iaitu Fakebook Facebook..

Melihat pada tajuk pun pasti dah dapat agak ianya entri pasal Apa. Sedia maklum bahawa kita manusia punyai ego, susah memaafkan atas alasan, "kau memang patut dilayan seperti itu"..Ok,aku bagi contoh beberapa situasi yg boleh paksa korang REMOVE friend di FB ni..

  1. dia asyik buat taik dengan korang (ejek,perli,sexual harassment [maybe] atau buat korang x selesa)
  2. pasangan cinta hati korang (DULU)
  3. orang asing yang add korang guna muka artis keropok K-POP, tp padahal lelaki desa yg nak ajak korang join direct selling!!! pe daaa~~~
  4. ataupun lebih parah lagi Bini atau Suami orang!!
contoh lain??apa sahajalah yg mampu hasut anda dari singkirkan mereka dari sibuk tahu hal anda (update status katanya)

sudah berkahwin


Begini, bagi aku elok REMOVE je orang tu dari kacau hidup kita,Sebabnya??
  1. mereka akan ingatkan kita ttg kenangan masa lalu yg masin manis2 jew...
  2. korang sanggup tengok dia (bekas balak/aweks) update gambar bersama cinta hati baru??
  3. update status bikin muntah hijau kat fb dia ttg luahan cinta dgn kekasih baru... wtf laa anda!!
  4. paling x boleh blah kalo dia sudah jadi Bini orang   
    mekaseh Papa jadi suami saya, dan mampu buat saya mengandung,Papa memang Hebat! cuyunk Papa ketat-ketat...
    Yayaya,memang lah dulu kita syok kat dia,tp sekarang dah lain!dia dah bahagia,dan korang pun layak cari Bahagia korang jugak~~
 RE-ADD mahupun APPROVE friend request?perlu atau tidak?
  1. kekadang, bagi lelaki yg Hot dan Jambu macam aku nie (siapa perasan comel sila angkat tangan) mmg susah orang nak lupa. kalau dia add lagi, terserah anda nak APPROVE atau tidak..kalau anda sanggup terima sebab 2 di atas nie,silakan laa...
  2. perlu jika dia kawan baik anda sewaktu dulu.mana tahu nak ajak konvoi raya ke,atau anda nak kahwin nanti,senang nak contact2..  (not recommended)
  3. jika dia RE-ADD,senang!!! klik je [not now], dia leh baca status anda yang sempoi2 tanpa perlu berhubung secara Dua hala..Faham kan?
  4. namun,bagi aku,x payah la gatal2 nak RE-ADD dia melainkan dia yg Add ko balik,sebab takut2 perasaan sayang tu akan datang balik,parah kau nanti!mana dgn kau nak menjawab dengan awek/ balak kau yg kaki cemburu (main maki tanpa usul periksa), xpun kau kena Henjut (ayat ganas bagi "pukul" [ayat KL Gangster] ) dgn balak dia..Naya!
sebagai gulungan hujah, nak approve tu x salah kerana ianya merapatkan kembali ukhwah yg renggang,namun jika anda x cukup kuat macam Aku,lupakan sahaja Niat tu..Tak Luak kalau setakat kurang sorang kawan..awek sekolah yg bergambar muncung itik ramai lagi korang boleh Add...
Sahabat Susah Senang

Wednesday, July 13, 2011

karipap dan coklat


Dua rasa berbeza namun tidak Mustahil untuk Bersatu
Begitulah Hati, Jika Sudah Bertaut...
Gabungan Yang Pelik, Namun Serasi Bersama!!


dua jiwa Kontra

Perjalanan Yang Panjang

Terkadang manusia tidak mampu mengagak sejauh mana beliau boleh melangkah...Andai kau jatuh, kau perlu bangun, andai kau dilupakan, kau patut balas balik dengan senyuman..Kerana dia ialah insan yang rugi kerana melupakan kau..

Bagi aku, perjalanan seorang REMAJA terlalu panjang..susah dan senang,duka nestapa tu Lumrah dlm congakan hidup..sejujurnya,kita perlu tabah, kerana jika kita Lemah,kita takkan BERJAYA jadi Pelakon Terbaik dalam Pentas Lakonan Dunia ini..

Pilihan ada di tangan anda...

Pepatah lama sering mengatakan "Barang yang Lepas jgn dikenang" dan Usahlah Bersedih bagai Isteri Mati Laki kerana Pasti Ada yg akan datang Ganti...

Hiduplah sebagaimana Aku inginkan..