Saturday, December 31, 2011

Azam dulu Bikin Pekasam

Assalamualaikum..

Sedetik lebih sahaja lagi kita bakal melangkah menjengah alam 2012, tahun yang pastinya LEBIH mencabar dan dugaan lebih berliku.

Aku tahu banyak antara kamu mula memasang azam sejak seminggu yang lalu. 
Namun,sedarkah anda bahawa azam tahun lepas anda,sudah terlunas atau belum? 
Jika belum, anda sudah berdosa pada diri sendiri. Aku tak tahu apa hukumnya jika berjanji pada diri sendiri tapi tidak tunaikan, mungkin itu lebih kepada MENIPU DIRI SENDIRI. 

Aduhai!! Malu bukan?

Bagi aku, biarlah kita tiada azam, cuma kita harus ada HALA TUJU untuk tahun hadapan. Tidak faham?

Begini. Jika kau berazam secara spesifik, sebagai contoh untuk SETIAP BULAN kurangkan 5kg berat badan, namun susah kan, dan lagi-lagi jika ia hanya sekadar azam, tanpa dicatat di mana-mana. Bagi aku, baik kau tetapkan untuk menjadi lebih baik (umum) sahaja, kerana pasti kita akan jadi lebih baik, tanpa menipu diri sendiri, hari demi hari.

Bagi aku, buang saja azam kau di longkang, 
jika kau hanya bermanis kata, tanpa ada usaha untuk ke arah itu.

Usah sembang akan perubahan jika diri kau masih LIAT untuk berubah!

Salam 2012. 
TRANSFORMASI HIDUP: JOM BERUBAH!

Thursday, December 15, 2011

Padu dan Teguh

Assalamualaikum...



Perlu aku tekankan di sini, isu ini kau akan nampak ringan, tapi kau perlu tahu tiada apa,tiada satu pun isu remeh wujud di dunia ini sebenarnya, dan isu paling aku takut adalah PERPECAHAN.

Bila berpecah, kita akan dipandang sepi, sinis oleh orang lain.

Ambil contoh paling mudah. Adakah kau nak minum dalam cawan yang serpih dan sumbing di bibir?pasti kau mencari cawan yang sempurna, untuk keselamatan dan tidak terluka. Begitu jugalah dengan hubungan manusia. Bila kita berpecah, mudah anasir luar masuk menggoncang.

Usah terus mencari perbezaan, sebaliknya cuba merapatkan kesamaan. Aku percaya, sejahil manapun manusia, dia akan balik pada yang satu juga, jalan Islam dan mencari Maha Pencipta, Allah.


Berdamailah... Tolak Ego dan Perbanyakkan Senyum IKHLAS.





Mari bersatu, bergerak menjana Satu benda yang sama, Perpaduan Dalam Ummah

Perpaduan akan lahir jika semua mencari perbezaan. Dan tiada Lagi istilah GILA KUASA. 
Bersama Melangkah Mencorak Perpaduan Insaniah...


Friday, December 2, 2011

Bagi Tuba Lepas Kau Dapat Madu

Ini bukan soal Cinta, ini soal Hati...

Kau terkadang pernah sedar bahawa segala apa yang kau buat untuk seseorang adalah suatu yang ikhlas, tapi bohong kalau aku cakap kau tak terdetik untuk inginkan sedikit. Tidak kisahlah pujian, penghargaan, atau terima kasih. Sedangkan ada yang pernah berkata, untuk melentur anak-anak menjadi bijak, selalulah memuji mereka dan usap kepala mereka, ucapkanlah kata-kata indah pada mereka.

Kau nak tahu? Manusia ini memang diciptakan untuk dihargai. Betul? Memang betul kawan. Makanya, kau perlu hargai jasa dan apa yang dia dah tumpahkan pada kau. Sia-sia dia tunggu kau 2,3 pagi, temani kau buat esiamen, teman kau ketika kau takut menaiki tangga dalam gelap, berlapar bersama dalam hujan menunggu bas, dan lain-lain.

Benda ini universal, dan bukan sahaja dalam percintaan, malah juga persahabatan. Kawan akan sayang dan ingat kita bila beliau dihargai. Cukuplah senyuman ikhlas dan ucapan terima kasih. Mereka tak dahagakan wang dan nama, kerana dia tahu, dia juga tidak layak untuk menerima benda itu.





Pokoknya, jangan kau abaikan orang yang pernah bagi kau makan. Wassalam...