Friday, October 21, 2011

:: HUJAN - Bahagian 1::

Hujan Rintik-rintik, 
Air Bergelombang;
Emak Kasi Duit,
Saya Pergi sekolah...
Tiga Campur Tiga,
Saya Jawab Enam,
Cikgu Tanda Rait,
Saya Pun Pulang...


Assalamualaikum semua. Sudah pasti anda pernah mendengar lagu ini. Lagu dondang orang Melayu. Bagi orang Melayu seperti aku, kami adik beradik akan menyanyi beramai-ramai ketika mana hujan turun. Emak sudah menjerit untuk kami berhenti bermain hujan, masuk dan mandi. Abah belum pulang. Hampir maghrib baru abah pulang. Emak tahu, pasti anak-anaknya lapar.

Dahulu, kami miskin. Abah pula, baru sahaja membeli motor, setelah Vespa buruknya yang dahulu kami naik Enam beranak dijual. pangkin di luar tempat kami bermain. lantai semua tanah. Aku dibuai di situ, diikatnya kain perca di atas palang, lalu emak gantung kain batik lepas untuk dijadikan buaian. Aku masih ingat, sampai umur aku empat tahun, aku masih bermain buaian tidurku itu.

Hujan-hujan, emak orang paling sibuk. Memandikan aku, memberus pakaian kakak dan abang, mengemas beg-beg sekolah kami semua. Selepas maghrib, baru emak mandi. SEBAK. Abah pulang, emak masih terkial-kial memberus baju abah yang terkena kuah mee kari siang tadi. Abang along dan tiga kakak ku, mengutip timba, besen, malah periuk untuk menadah hujan, atap Nipah yang bocor.

Setiap kali hujan, pastinya abah akan semput, dan mungkin aku atau abang aku akan kekejangan, kerana melasak sepanjang hari. Emak sanggup bangun jam 3 pagi mengurut kakiku. Dengan muka serabai, berbedak sejuk, emak tepuk badanku sehingga aku tidur. Terima Kasih Emak.

Abang dan kakak-kakak ku masih tekun mengulangkaji pelajaran.sedangkan aku sudah lena seawal jam 9 malam. Emak kata, dia taknak anak dia keciciran ilmu. Cukuplah arwah atuk belasah emak dengan tiub basikal, kayu bara, bila nampak emak berjalan ke sekolah. Emak sanggup mencuri kasut koyak di dalam tong sampah untuk ke sekolah, tapi atuk Larang. Orang perempuan, tidak perlu sekolah. Memasak, melayan suami dan menjaga adik-adik.

Along dan angah merasa pergi ke sekolah memakai beg guni. emak jahit penuh hemat, emak sulam tali dari akar pokok untuk dijadikan tali. Along dan kak ngah tidak pernah mengeluh. Aku bangga dengan beliau. Along diberikan arwah moyan basikal tua. Cukup tua untuk naik berdua. Banyak kali jugalah dia tergolek, hampir menjunam ke sungai deras, akibat rantai acapkali lucut. 


...bersambung...

Sunday, October 9, 2011

Tipikal Drama Melayu: Sinis Atau Tiada Idea?

Assalamualaikum kawan-kawan pejuang semua...

Maaf agak sedikit sibuk 2,3 hari nie, sebab memperjuangkan hak dan masa depan Kelab ASPIRASI kolej aku yang akan dibubarkan. 
OK, stop !! Ini pun satu bentuk alasan tipikal (minta belas ihsan kawan2 di blog, mengadu itu dan ini)


Baiklah. Cerita Melayu, drama mahupun filem. Apa yang sama? Jom layan pemerhatian aku:

Pemakaian
  • lelaki badan tough (walaupun watak despatch)
  • lelaki muka bersih dan guna misai dan jambang palsu
  • lelaki Lembut dan Perempuan Tomboy
  • seksi (kalau tak seksi, agaknya tak ada penonton kot) dan seksi tanpa mengira usia
  • kalau dah insaf, berubah sungguh-sunguh. litup semua tubuh.
  • rambut gulung-gulung (walaupun watak surirumah)
  • pakai mekap (watak orang gaji) dan BAJU BERGOSOK




Gaya Hidup
  • mewah dan sangat berharta (rumah kalah rumah rasmi DS Najib)
  • kereta harga juta-juta
  • tempat kerja perlulah bangunan besar, pakai sut
  • dialog pasti terselit nilai wang (lebih 1 juta)
  • jika makan dan minum di kedai (semestinya tidak akan terusik Banyak, air sekali sedut jer)

Jalan Cerita
  • dramatik dan penuh airmata
  • permainan angle kamera (zoom muka, dan baru nak cakap, dah bersambung esok)
  • terlalu jahat vs terlalu baik (tiada watak pipih = watak biasa-biasa)
  • penyeksaan dan derhaka pada orang tua melampaui batas manusia
  • BOMBA diperlukan, untuk babak hujan yg selalu sangat
  • maaf, tapi POLIS sering diperbodohkan dlm cerita Melayu. (kejar perompak naik Wira x dapat2)
Watak yang biasa
  • pemilik syarikat jutaan ringgit
  • perempuan penggoda (seksi wajib)
  • ibu tunggal
  • anak yatim
  • anak syndrom-down atau kelainan upaya (raih simpati penonton dan boleh tunjuk jahat lebih)

Penamat
  • bagi drama bersiri, jarang ada, susah nak jumpa yang lebih 30 Episod (bajet ciput)
  • drama TV kurang 1jam 30minit (10 minit drama, iklan 8minit. realiti hiburan tanah air)
  • pastinya yang antagonis (evil) akan insaf, tetapi ada dua kemungkinan (mati atau hidup bahagia bersama mangsa penindasan)
  • hero bahagia (sekarang ada 2, 3 filem yang ending tragik)
  • kalau cerita hantu (rupanya bermimpi, khayalan, fantasi, ataupun jalan cerita Tergantung)
Aku cuba sokong industri filem Melayu, tapi sedih. 
Aku boleh agak penamatnya setelah 20 minit menonton. Sadis.
Tahniah filem Melayu kerana banyak menjual muka awek yang tiada bakat (hanya rupa dan body baik)

Sekian. Tamat. 
Nantikan siri kedua (macam cerita hantu Melayu, mesti ada sambungan)
Assalamualaikum...

Friday, October 7, 2011

SASTERA INGGERIS

Bercambah dan kian mekar skil aku dalam kesusasteraan bahasa inggeris.

Perkataan ini adalah perkataan yang paling "momok" yang pernah wujud dalam diari kehidupan aku. Di penghujung Jun 2009, semakan UPU (kemasukan ke IPTA) buat aku gila. Sastera Inggeris dengan Kepujian, UKM. Aku pura-pura tenang, walaupun risau bagai celaka. Manakan tidak, dahulu masa kelas MUET tak pernah aku kesah pasal bahasa penjajah universal nie.

Tidak mengapa, aku sudah tiga tahun di UKM. bergolek dengan minat yang aku benci dahulu, kini mula aku sayang. Benar kata orang tua, Melentur Buluh biar dari rebungnya. eh, tak kenal maka tak cinta. Maaf, terlalu fokus pada English, sampai lupa seni Bahasa Melayu.

Aku dan kawan lain (lelaki ada 8 ---> 7 Melayu + 1 Serani) kami banyak belajar benda-benda sangat mengarut benda yang amat unik seperti:

  • pengiklanan
  • sejarah sastera inggeris
  • sains fiksyen
  • membuat video, poster, dan membikin produk dan syarikat sendiri (ini syok)
  • mendalami perasaan pembaca tegar (benci membaca buku) dll.
Pelbagai penderitaan aku lalui. Bertutur (selalu susun ayat kat otak selama 3 minit baru cakap). Penulisan? C adalah kawan baik aku. Soft skill (bersajak, berteater, lakonan) menggigil dua bijik kepala aku kat bawah nie. Tapi semua itu mematangkan kita kan?? Belajar benda baharu setiap hari. Usah takut untuk mencuba, kerana Anda belum tentu akan GAGAL. kan??

Memang aku belajar English, tapi aku selesa berbahasa Melayu, 
kerana Bahasa Inggeris sebagai Ilmu, Bahasa Melayu sebagai darahku.

Doakan aku berjaya KONVO September 2012.

pssstt, nak bagitahu, tesis aku dalam Bahasa Inggeris. Wish me Luck!
Assalamualaikum...


Monday, October 3, 2011

Realiti dan Fantasi


Assalamualaikum kawan-kawan blog (walaupun kekdahnya berapa ramai ajelah yang layan blog aku)
Entri kali ini soal "Berpijak di bumi yang NYATA"

Korang semua sedia maklum yang ramai di antara kita dahgakan dambakan kesempurnaan, tapi berapa ramai yang dapat? Tak semua, dan kau orang perlu sedar realiti itu menyakitkan. Tidak semua jalan hidup kau seperti pengakhiran cerita Tamil, kau dapat kahwin dengan gadis jelita, rumah besar, dan kau Bahagia.

Banyak angan-angan yang perlu kita sedar kita ini di Malaysia, seperti:
  • jangan pakai sweater di tengah panas terik mentari, Ianya merimaskan mata
  • jangan berlagak korea dengan rambut Biru, Kuning (sebut apa shj)
  • kau guna pinjaman wang utk belajar, kau ingin membeli i-Pad
  • kau nak awek solehah, tapi Solat puasa kau Humban ke Longkang!!
  • sembang semua nak A je.. sini
  • paling best, kau ingin CGPA gempak, tapi kau Pemalas
  • siapa kata dah habis? ada lagi. Pikirlah Sendiri

Hakikatnya, kita perlu sedar kita ini bertaraf apakah, siapa kita, dan jangan main hembus je. 
Rajin-rajinlah melihat cermin kawan-kawan sebab kita melihat diri kita sempurna, 
dan janganlah malu untuk dikritik, kerana;

 Musuh adalah insan yang paling jujur dalam Mengkritik.

Saturday, October 1, 2011

Menjiwai Apa Itu Konvokesyen

Assalamualaikum kawan...

Maaf sudah lama blog nie sepi, bersawang, kerak mula berkarat di sana sini. Aku tak tahu apa yang aku sibukkan, tapi aku rasa aku terlalu obses dangan politik picisan sekarang ini. Apapun, aku rasa tak terlambat untuk ucap TAHNIAH dan Bakal Tahniah kepada Senior dan semua mahasiswa mahasiswi semua IPT di seluruh alam semesta dunia kerana berjaya tamatkan pengajian di peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA, mahupun DOKTOR FALSAFAH sekalipun.

Menjiwai mood orang konvo, aku rasa terkesima. Kerana apa, tinggal setahun sebelum aku sarung Jubah Konvo Hijau dari FSSK UKM (Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan). InsyaAllah ada saiz besar menanti aku. Perjalanan masih jauh dan SEMAKIN sukar kerana pelbagai benda celaka dan bangsat akan datang menguji. Aku perlu kuat, dan ludahkan muka mereka, yang mana mahu menduga aku! Aku nak KONVO. Sekian.

Kamu semua boleh layan beberapa gambar kenangan aku di MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-38 yang bermula dari 23-27 September lalu. Tahniah der2 dan sis2 semua. HEBAT !!!















Berangan itu perlu..InsyaAllah tahun depan...


Tercari-cari mana gambar aku bersama jubah Konvo senior?
Hahaha! Jawapannya mudah, jubah itu kecik...
Asssalamualaikum...