Monday, November 28, 2011

Tidak Salah Berhati Tisu

"Aku Rela Melihat Kau Menangis, daripada Melihat Kau Ketawa Pura-Pura", tegur Hussin kepada Maria.

"Tak perlulah kau nak tunduk dan menekap muka kau di meja. 
Tidak ada apa nak kau malukan, semua orang pernah menangis, 
Kau menangis, aku sudi jadi tisu kau. 
Kalau kau hilang tongkat, bahu aku boleh papah kau. 
Kalau kau patah Sayap, Paruh aku boleh Bawa Kau Terbang Ke Awana"

Itulah kawan. Aku tak kisah muka buruk kau, sebab tiada siapa yang comel dan segak menangis. Kalau kau terlalu malu, kau perlu tunggu Hujan untuk menangis. Tangis berhenti, demam pula datang menjengah..

Terlalu banyak luka dan airmata aku hadapi minggu ini. Aku namakan minggu ini minggu pasrah dan patah hati. Biasalah, bila masing-masing mulai sibuk, sudah pasti akan tertinggi suara, akan terabaikan si dia, akan cepat barannya, dan juga cepat melenting bila ditanya. Biasalah tu.

Lelaki atau wanita perlu juga untuk menangis, tolak ego jauh-jauh. Kerana apa? Menangis itu melegakan. Jangan kau bohong dan jangan kau gelengkan kepala. Insan jiwa kosong juga akan menangis. Makanya, tidak salah berhati tisu.

"Aku sayang kau, dan aku tahu aku tak boleh memiliki kau. Tapi tak bermakna aku tak boleh temani kau menangis. Sebab kau selalu buat aku bahagia dahulu. Dan walau kini kau bukan aku punya, tapi kawan tetap kawan kan??", Balas Hussin sambil mengusir air mata Maria dengan jejari kasarnya.

Saturday, November 26, 2011

Mohon Pergi dari Kotak Hati

Sudah-sudahlah tu wahai awek lama..
Aku sudah lemas layan nafsu sorang-sorang.

Kau kira beruntung, sebab keluarga kau sudah carikan kau laki, yang mampu memuaskan kau, dan bagi kau sayang, cinta, dan segala apa rasa manis dan bahagia. Cukup senang kau menyulam rindu dan dahaga manja dari aku yang selalu aku tumpahkan kepada kau dulu-dulu. Tapi apa guna, kau dirisik, kau bertunang tanpa beritahu aku. Oh, ada beritahu.. Malam hari Lahir aku yang ke-20. TERIMA KASIH, barua Sayang...

Aku sudah penat bermain dengan nafsu kau. Kau rindu aku, marilah.. Aku tunjuk aku punya rindu pada kau..
Aku tak bodoh, aku takkan ganggu masjid orang, aku juga sedang mencari, ustazah untuk anak-anak aku nanti..

Cukuplah sudah kau menabur janji,
Cukuplah sudah kau menyatakan rindu,
Cukuplah sudah kau beritahu aku kau tak bahagia,
Cukuplah sudah kau merengek manja di telefon,
Cukuplah sudah kau simpan nombor aku,
Cukuplah dan cukuplah ingati aku, awek lama...

Kau memang aku cinta, mungkin pertama dan terakhir.
Kau bukan lawa mana, dan aku pun tak sekacak mana, bezanya aku tak khianat cinta.
Aku tahan nafsu kawal miang aku untuk mengurat junior sebab aku ingat kau lagi.
Sakit jiwa aku kau buat. Kau mungkin tak rasa, sebab kau sedap di rumah...

Sudahlah, kau adalah gula-gula yang buat aku cirit-birit...

Aku Minat Kau, Tapi Aku Rasa Tak Layak

Aku hanya mampu doakan kau bahgia dari jauh. Aku suka kau, tapi kau terlalu hot dalam kelompok kawan-kawan kau. Aku memilih untuk intai kau dari jauh, sebalik pokok-pokok, berselindung di balik kawanku yang lebar, agar kau tak dapat lihat aku layan syahdu, feel bukan-bukan tentang manis senyum kau.

Aku malu, aku takut ditolak. Aku takut kau hina aku sebagai lelaki yang tiada rupa anmun masih mahu berfantasi menyintai kau !! Aku tak kuat, makanya aku terus menyintai kau dari jauh.

Tidak kisah satu hari nanti kau sudah berkahwin, aku tetap masih cintakan kau,
Kerana kau cinta pertama aku, walaupun tidak pernah bertentang mata.



Roti Canai Double, Asap Rokok, dan Awek Seksi

Jom keluar...Mapley, gua baru dapat kereta nie..Lapa perut lak malam-malam.

Aku capai tuala, berak. Itu rutin aku, supaya tak berak kat tempat orang. Aku rembat baju yg ada tergantung kat penyidai yg aku paku kat pintu, aku sarung, sedikit sempit. Tapi lantaklah !! Barulah seksi.

Tiut tiut tiut... Hon kereta kelisa merah sedikit jingga menggegar pagi hening kolej aku. Terkadang tidak tentu, asalkan ia beroda empat, akan menerjah depan kolej aku. Dengan muka semacam baru kena lempang, gegas terus turun. Lepak !! Aku tak kejar sangat makanan di sana, tapi aku rindu suasana sana.

Sedap walaupun berbau busuk, 
Tenang walau jutaan bunyi bising, 
Hangat dalam embun dingin.

Terima kasih kawan-kawan sebab kau sudi angkut aku henjut teh o ais malam-malam, kenal jalan sekitar Bangi ni. Takdelah otak aku busuk berulat dalam bilik ni saja.

OMAR : kalau tak kenal, kompem fikir dia sombong. Tapi dia paling best!

AZZAH : aku tak banyak kawan perempuan, bila aku ada, aku hargai sangat2.


BULAT : dia aku hormat sebab dialah aku terus berjuang sampai hari ini.

AZMAN : kawan kelas, sehidup semati.

HIDIR : darah pejuangnya dia pekat mengalir. Jambu dan sedikit annoying.

ARIF : aku kenal dia tak lama. tapi aku bangga dengan semangat dia.


Wednesday, November 23, 2011

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Berapa ramai yang mahu menyumbang kepada pembangunan negara namun, tidak mampu??
Berapa ramai yang hebat menulis dan mengkritik tapi tak pernah didengari?
Melalui pendekatan media sosial, hubungan dua hala antara parti politik dan rakyat dapat dieratkan. Jurang yang luas terhimpit mengecil. Suara lantangan kau didengari, dan mampu menyumbang cetus idea baharu kepada pemimpin negara...

Aku juga anak kampung tipikal yang mencari rezeki dalam periuk ilmu di UKM. Aku cukup berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu dalam menyediakan keselesaan, peluang, dan huluran bantuan kewangan kepada aku untuk belajar. Kalau dulu, tiada istilah PTPTN, tiada JPA. Abah dan pakcik terpaksa bekerja di luar pada waktu malam untuk menampung kos pengajian.

KINI SEMUA SUDAH MEWAH

Namun masih ada yang sombong dan Bodoh! Menghentam kerajaan tidak henti, Mungkin dirasakan apabila PENDIDIKAN PERCUMA dilaksanakan, baru akan tertonyoh menyumbat mulut mereka. Tahu nak PERCUMA SAHAJA. Bersyukur itu kan indah..

Cukup memaki segelintir insan bodoh dan gangster yang kerap mencaci, aku hulur sedikit gambar semasa di PWTC 20112011 yang lalu..













Wednesday, November 16, 2011

Coretan Di Warung Burger

Burger Daging RM2.20
Burger Ayam RM2.20
Benjo RM 1.70
Daging Special RM 2.80
Cheese Burger RM3.80


Simple kan? sekadar tempek senarai harga di tepi dapur tolak, brader berniaga. Tolong kasi suap perut budak2 kolej yang lapar malam-malam selepas pulang dari kuliah. Ringkas, dan untung pun bukan seberapa. Cukup untuk beli barangan untu esok dan dua kotak rokok. Tabungan? Jauh sekali. Bila ditanya, kenapa terus berniaga? Apa kau dapat bro?Sempoi brader jawab;

"Aku niaga suka-suka, buat jasa, cari kawan-kawan baharu", sambil asap rokok ditarik, dipam dalam-dalam.

Aku suka lepak dengan bro ni. Dia ada falsafah. Kerana keluarga, dia Quit study. Kalau tak, mungkin sekarang dia sudah menjadi saintis muda dah! Aku respect, sebab dia tenang, dan tak kucar-kacir.

Pelbagai ragam dan cerita kau dapat kalau kau lepak kat kedai burger. Tak perlu kau berpusu-pusu temuramah orang di ibu kota, buat surat berjela-jela. Cukup kau duduk di sini, kau tengok gelagat manusia. 

Tersenyum dan menggeleng kepala.

Taknak Sayur! Nak timun sahaja, tapi mayonis Lebih... Abang, daging belah yea? Abang itu, abang ini...

Brader tenang, dikumpulnya semua info, dilonggok dalam satu kapasiti. Menarik. 10 order mampu dia hafal...
Dia jugak ada ajar aku tentang kehidupan.
"Kalau nak goda gadis, kau jangan malu, kalau tak, kau bujang tua!"

Tapi aku suka diskusi santai isu politik, sebab dia lebih tua dan arif dalam hidup. Menarik, pandangan dari seorang mahasiswa dan rakyat prihatin.

Ada jugak kisah peribadi aku dengar dari pelanggan burger brader nie.

"Susah hidup kat U nie"
"Aku tak tahu lagi meeting malam nie habis bila, penat!"
"Aku tak makan sayur, sebab boleh buat aku tercekik kadang-kadang"

Aku biasa temani brader sampai dia tutup warung tolak dia. Dengan asap dihembus, aku dapat rasakan dia lepaskan sekali semua tekanan kerja dia hari ini. Esok, mula balik kitaran hidup yang sama.
Itulah manusia.

Kalau aku kaya, aku teringin buat satu filem. Kisah yang jujur dan dekat dengan masyarakat. Kisah satu malam di gerai burger. Tapi mana mungkin, aku budak Kampung. Maka, aku akan terus berimaginasi sampai nafas terakhirku.


Thursday, November 10, 2011

Pendorong Semangat

Aku terbaca post adik aku nie, dan kata-kata dia memang benar. 
Tak rugi korang baca blog budak skema ni.
Aku pun tak boleh kalah, bila semboyan dah berbunyi, aku rasa tercabar, dan aku perlu balas balik.

Bagi aku, dalam tahun pertama di UKM, aku tak tahu apa aku buat di UKM nie, siapa pendorong aku, apa visi aku, dan untuk apa aku belajar. Yang aku tahu aku masuk Tingkatan ENAM dan aku berusaha untuk masuk U, kemudian Settle!!

Namun, aku masuk dengan langkah yang sangat berat. Dia yang aku sayang pergi menjauh, dia kata aku dan dia tak boleh seiring. Kerana aku pandai (yang nie alasan mengarut dia). Senang cakap kau nak kahwin dengan Lelaki putih untuk tengok zuriat kau KACAK. Kan ke lagi relevan...Aku beriya-iya berfantasi sendiri yang aku nak belajar sungguh-sungguh, cari kerja bagus dan pinang kau. Tapi, sudahlah.

Aku kini pijak pada realiti. Persetan, pergi kuburan sama janji manis. Yang aku tahu, di Tahun AKHIR ini aku perlu kerja keras. Aku perlu sarungkan jubah konvo aku pada Emak dan Abah, sebab walaupun awalnya mereka tak terlintas pun dalam sumber Inspirasi aku, tapi aku tetap ingat dan sayang diorang.

Aku nak ada kerjaya Bagus, buat Mak bapak aku Bangga, dan buat Emak Bapak Dia Ternganga.
Menyesal tak sudah!! Mungkin dulu aku PICISAN, tapi kini aku ORANG HARAPAN.

Saturday, November 5, 2011

:: HUJAN - Bahagian 2 ::

iMasing- masing kini sudah menjangkau usia remaja. Aku pun sudah mulai kenal erti  berkawan. Aku akui aku bukan insan yang sempurna. Mustahil bagi aku, anak biasa-biasa, yang hidup dalam suasana biasa, keluarga sederhana, lari dari sifat angkuh dan keras kepala. Mungkin kerana kami dididik dalam suasana yang santai, tanpa tali pinggang, batang mop, dahan dan ranting pohon rambutan menjadi ulam belikat kami. TIDAK!! Abah dan emak sayang kami, tegur dengna berhemah. Cuma kata-kata abah memang pasti akan buat telinga berdesing.

Aku anak bongsu. Pasti aku paling disayangi. Tidak, kau silap meneka. Abah dan emak tidak pernah membezakan anak mereka. Jika kau kuat memberontak, maka kau senang dapat apa yang kau ingini. Kerana aku anak bongsu, naluri aku cepat sensitif, kerana masa aku banyak terhabis bersama emak. Sedih untuk aku meminta-minta abah dan emak, sedangkan abah semput tiap malam,dan emak jarang dapat 6 jam lena tidurnya.

Aku sedih, dan rasa amat bangang kerana terlalu manja sewaktu kecilku. Tiap hari, emak perlu membawa aku bersiar-siar di dalam kebun hanya untuk memakaikan aku baju dan tidurkan aku. Tangisan itu kuasa anak kecil kan? Bagi aku, tangisan waktu kecilku amat menyusahkan hidup emak dan abah.

Sewaktu tadika, emak menghantar aku setiap hari. Aku diletaknya atas tempat duduk, sedangkan emak yang penat memasak terpaksa menolak gerek tua sepanjang 2 simpang jalan untuk ke tadika aku. Bunyinya memang lucu, tapi aku minta maaf emak. Aku terlalu kecil untuk mengerti itu semua.

Aku redha. Aku inginkan dan sering berdoa anak aku nanti akan menjadi seperti aku. Bukan kerana aku kedekut, tapi aku suka jika anak aku tahu apa itu SYUKUR.


Aku minta maaf. Aku pulang bercuti dari pengajian di UKM sekali-sekala, dan akan pulang jika tiada urusan di kolej. Aku cuba mengurut dan memeluk emak selama yang mungkin, mengurut kaki kematu emak yang penat berjalan. 

Kini, emak perlu berehat. Baring sahajalah. Biar aku pula yang berjalan melayan emak..