Wednesday, November 16, 2011

Coretan Di Warung Burger

Burger Daging RM2.20
Burger Ayam RM2.20
Benjo RM 1.70
Daging Special RM 2.80
Cheese Burger RM3.80


Simple kan? sekadar tempek senarai harga di tepi dapur tolak, brader berniaga. Tolong kasi suap perut budak2 kolej yang lapar malam-malam selepas pulang dari kuliah. Ringkas, dan untung pun bukan seberapa. Cukup untuk beli barangan untu esok dan dua kotak rokok. Tabungan? Jauh sekali. Bila ditanya, kenapa terus berniaga? Apa kau dapat bro?Sempoi brader jawab;

"Aku niaga suka-suka, buat jasa, cari kawan-kawan baharu", sambil asap rokok ditarik, dipam dalam-dalam.

Aku suka lepak dengan bro ni. Dia ada falsafah. Kerana keluarga, dia Quit study. Kalau tak, mungkin sekarang dia sudah menjadi saintis muda dah! Aku respect, sebab dia tenang, dan tak kucar-kacir.

Pelbagai ragam dan cerita kau dapat kalau kau lepak kat kedai burger. Tak perlu kau berpusu-pusu temuramah orang di ibu kota, buat surat berjela-jela. Cukup kau duduk di sini, kau tengok gelagat manusia. 

Tersenyum dan menggeleng kepala.

Taknak Sayur! Nak timun sahaja, tapi mayonis Lebih... Abang, daging belah yea? Abang itu, abang ini...

Brader tenang, dikumpulnya semua info, dilonggok dalam satu kapasiti. Menarik. 10 order mampu dia hafal...
Dia jugak ada ajar aku tentang kehidupan.
"Kalau nak goda gadis, kau jangan malu, kalau tak, kau bujang tua!"

Tapi aku suka diskusi santai isu politik, sebab dia lebih tua dan arif dalam hidup. Menarik, pandangan dari seorang mahasiswa dan rakyat prihatin.

Ada jugak kisah peribadi aku dengar dari pelanggan burger brader nie.

"Susah hidup kat U nie"
"Aku tak tahu lagi meeting malam nie habis bila, penat!"
"Aku tak makan sayur, sebab boleh buat aku tercekik kadang-kadang"

Aku biasa temani brader sampai dia tutup warung tolak dia. Dengan asap dihembus, aku dapat rasakan dia lepaskan sekali semua tekanan kerja dia hari ini. Esok, mula balik kitaran hidup yang sama.
Itulah manusia.

Kalau aku kaya, aku teringin buat satu filem. Kisah yang jujur dan dekat dengan masyarakat. Kisah satu malam di gerai burger. Tapi mana mungkin, aku budak Kampung. Maka, aku akan terus berimaginasi sampai nafas terakhirku.