Friday, October 21, 2011

:: HUJAN - Bahagian 1::

Hujan Rintik-rintik, 
Air Bergelombang;
Emak Kasi Duit,
Saya Pergi sekolah...
Tiga Campur Tiga,
Saya Jawab Enam,
Cikgu Tanda Rait,
Saya Pun Pulang...


Assalamualaikum semua. Sudah pasti anda pernah mendengar lagu ini. Lagu dondang orang Melayu. Bagi orang Melayu seperti aku, kami adik beradik akan menyanyi beramai-ramai ketika mana hujan turun. Emak sudah menjerit untuk kami berhenti bermain hujan, masuk dan mandi. Abah belum pulang. Hampir maghrib baru abah pulang. Emak tahu, pasti anak-anaknya lapar.

Dahulu, kami miskin. Abah pula, baru sahaja membeli motor, setelah Vespa buruknya yang dahulu kami naik Enam beranak dijual. pangkin di luar tempat kami bermain. lantai semua tanah. Aku dibuai di situ, diikatnya kain perca di atas palang, lalu emak gantung kain batik lepas untuk dijadikan buaian. Aku masih ingat, sampai umur aku empat tahun, aku masih bermain buaian tidurku itu.

Hujan-hujan, emak orang paling sibuk. Memandikan aku, memberus pakaian kakak dan abang, mengemas beg-beg sekolah kami semua. Selepas maghrib, baru emak mandi. SEBAK. Abah pulang, emak masih terkial-kial memberus baju abah yang terkena kuah mee kari siang tadi. Abang along dan tiga kakak ku, mengutip timba, besen, malah periuk untuk menadah hujan, atap Nipah yang bocor.

Setiap kali hujan, pastinya abah akan semput, dan mungkin aku atau abang aku akan kekejangan, kerana melasak sepanjang hari. Emak sanggup bangun jam 3 pagi mengurut kakiku. Dengan muka serabai, berbedak sejuk, emak tepuk badanku sehingga aku tidur. Terima Kasih Emak.

Abang dan kakak-kakak ku masih tekun mengulangkaji pelajaran.sedangkan aku sudah lena seawal jam 9 malam. Emak kata, dia taknak anak dia keciciran ilmu. Cukuplah arwah atuk belasah emak dengan tiub basikal, kayu bara, bila nampak emak berjalan ke sekolah. Emak sanggup mencuri kasut koyak di dalam tong sampah untuk ke sekolah, tapi atuk Larang. Orang perempuan, tidak perlu sekolah. Memasak, melayan suami dan menjaga adik-adik.

Along dan angah merasa pergi ke sekolah memakai beg guni. emak jahit penuh hemat, emak sulam tali dari akar pokok untuk dijadikan tali. Along dan kak ngah tidak pernah mengeluh. Aku bangga dengan beliau. Along diberikan arwah moyan basikal tua. Cukup tua untuk naik berdua. Banyak kali jugalah dia tergolek, hampir menjunam ke sungai deras, akibat rantai acapkali lucut. 


...bersambung...