Saturday, August 27, 2011

Pulang Awal Ke Kampung

Assalamualaikum blogger semua!!

Sempena musim perayaan ini dan cuti serentak Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak anda menyertai kempem "Jom Balik Kampung dengan Berhemah"


Bagaimana? Mudah sahaja..


Ikuti 8 Tips Asas Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya:

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.  Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Jika boleh, mohonlah cuti 2 hari sebelum Hari Raya, kerana jika malam raya Baru nak balik (terutama area Kuala Lumpur) maknanya anda beraya di Dataran Merdeka jela...

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan memudahkan perjalanan anda, berkongsilah kereta (bagi anak-anak bujang dan dara pinggitan) dan pilihlah pengangkutan awam kerana ianya lebih murah ! (Tiket beli di kaunter, bukan beli dari Ulat). Beli tiket sebulan lebih awal, kerana maklumlah, tiket pasti akan habis cepat macam album Super Junior di kedai VCD.

:: suasana di Puduraya menjelang hari Lebaran ::


Apapun yang anda rancangkan, rancanglah ianya lebih awal. Kerana tidak salah pulang awal beraya ke kampung, dan jangna lupa, pacak bendera Malaysia kat kenderaan anda !! Kasi gegar sikit...


Bagi yang tak dapat tiket balik beraya, duduk di rumah, makan cokelat..
Layan cerita menarik sempena Aidilfitri nanti..
Nak Lagi?? Boleh lihat sini:

SELAMAT HARI RAYA DAN SALAM KEMERDEKAAN !!