Wednesday, August 17, 2011

Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna

Kelak kau akan rugi kerana jangkaan kau selama ini kepada si dia susah untuk dia tunaikan, kerana Kau harus tahu, dia juga insan marhein seperti kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini merupakan sedikit teguran kepada mana-mana Lelaki yg terlalu memilih dan mengejar jodoh yg sempurna...

"Saya ingin yg tinggi lampai, yg kurus, kulit mulus dan putih gebu, hormat orang tua, pandai masak, pandai mengaji, dan manis senyumnya", ujar seorang Lelaki kudus...



Kau juga harus menilai Layakkah Kau perolehi cinta dari gadis seperti ini? Hebatkah anda untuk berdebat pasal agama? Yakinkah anda tidak cemburu ketika berjalan bersamanya? dan Mampukah anda tidak mengkritik lauk masakannya? Belum apa-apa sudah merungut...

Usah Menilai Rupanya Kelapa;
Andai Berlubang ataupun Belum;
Santannya Masih Tetap Sama...

Sebaliknya, kita perlu menerima pasangan kita seadanya. Jangan terlalu mendesak untuk dia menjadi seperti artis idaman anda, kerana benda yang dipaksa tidak bertahan lama. Carilah yg menutup aurat, dan bijak agamanya. Jika si dia belum menutup aurat, bimbinglah dia, dan didiklah dia dengan limpahan agama...

PENCARI

Aku bukan mencari Siti Khadijah
Tidak pula aku mengharap Siti Fatimah
Cukup sekadar kau setia, dan
ketabahan kau aku bangga
Aku mencari pengisi sepi
Menemaniku di sisi jam pasir
Yang sibuk menghentak waktu mencari marhein
Di saat purnama suram, ditumbuk bintang gelap…

Pencarianku bukan atas nama
Atau dasar harta segunumg rimba
Telah aku ungkap, telah aku omongkan
Hanya peneman sepi
Menjadi penghibur saat aku luka
Menjadi cebisan tisu saatku  terduka…

Bersabar wahai bakal anak
Aku mencari terbaik untukmu
Mencari yang mampu memukulmu manja
Di kala tiap kali kau alpa dan hanyut di syurga dunia
Wahai wanita marhein
Aku tahu kau ada di situ
Keluar, tunjukkan ikhlasmu
Hayunkan pekertimu, buaikan syahdu jujur di hatiku…

Tidak mungkin akan jadi sempurna
Kerana aku bukan mengharapkan wali atau malaikat
Aku hanya ingin peneman sepi yang setia
Tidak ku pandang cacat tubuhnya
Ku hanya amati sempurna jiwanya…                                                                                             
 -Lantera-