Saturday, August 6, 2011

:: Dodol Si Bujang Sepai ::

Entri pada hari ini adalah masanya untuk aku kongsi dengan korang pengalaman mengacau dodol, dalam hidup aku...
Ianya bermula pada 2 Ramadhan yg Lepas ketika mana Kolej kediaman aku di UKM buat pesta;
"Syoknya Syawal"..






Hari ini merupakan kali ketiga aku mengacau dodol, dan lebih mengharukan proses kali ini hanya memakan tenaga 3 orang sahaja; aku, Abah, dan Akak.

FEEL?
Memang dahsyat, sampai bengkak tangan ni, namun kepuasan paling penting:


Kalau tak silap aku, bahan untuk buat dodol ni simple sangat
Bahan-bahan untuk membuat dodol Labu dan kacang merah ialah:
  1. 6 kampit tepung pulut (standard saiz paket gula pasir), bancuh dengan air terlebih dahulu..
  2. 5 atau 6 kampit gula (saiz standard paket gula pasir)
  3. 3 biji labu yg dah direbus dah dibuang kulit..
  4. kacang merah yang halus (bukan yg cendol punya), ikut suka banyak mana..
  5. Paling penting, Santan! Kata abah, 6 bungkus santan segar memadai,namun jika nak lebih "canggih beb", letak la 8 bungkus.
  6. Kacau sehingga skru pinggang bergoyang ( sehingga tidak melekat) 

4 jam mengacau, hampir kental

AKHIRNYA,

SEMPURNA

Entri ini bukan utk takbur atau menyakitkan hati, namun niat untuk berkongsi,
Assalamualaikum~~