Monday, August 15, 2011

+ Nota Usang Buat Bekas Kekasih +

Assalamualaikum;

Aku harap kau bahagia dengan dia sekarang. Kau apa khabar? Pertamanya, aku nak ucap tahniah kerana kau telahpun berbadan dua. Aku mulanya cukup terkejut dan rasa bagaikan tidak boleh bernafas. Lama aku pujuk hati, aku sedar kau bukan lagi "tulang rusuk buatku"

Aku berfikir jika kau bersama aku sekarang,mungkinkah kau rasa bahagia? Mungkinkah kau akan rasa dibelai dan dicintai? Aku panas baran, lembik, dan tiada apa yang boleh kau ceritakan hebatnya aku pada keluarga dan kawan-kawan sekolah kau. Sekurang-kurangnya, dia sudah bekerjaya,  dan pasti dia sangat hebat di mata kau sekarang. Dia betul-betul sayangkan kau...

Aku cuba untuk tidak rasa sedih. Aku harap dia akan selalu tanya keadaan kau seperti aku lakukan dulu. Dia resah akan jadual makan kau yg tidak menentu, dan dia ambil berat kesihatan kau, seperti aku lakukan dulu. Aku nak dia menggantikan aku menjaga kau. Anak dalam kandungan itu bukti cinta dia pada Kau. Janganlah kau simpan perasaan pada aku lagi. Jika aku miliki kau, belum tentu kau akan jadi apa seperti apa kau alami hari ini; mengandung dan tersenyum mesra. Mungkin kau akan derita kerana aku perengus orangnya, tidak seperti dia...

Awak, aku sorongkan madah ini dengan senyum manisku, airmata keringku, dan perit pasrahku. Aku harap kau sentiasa bahagia. Sentiasa. Memang ibubapa lebih bijak mencari kebahagiaan utk anak mereka, Kau memilih Keluarga dan menolak Aku; Betul Tindakan Kau. Kau tidak Salah!!

Jangan pernah rasa terhutang budi dengan apa aku lakukan dulu. Belaianku, ucapanku, prihatinnya aku, memang kau layak terima kerana kau sudah balas sebenarnya apa yang aku lakukan itu, dengan bagi aku Bahagia (walau sementara). Jangan terlalu ingatkan aku sehingga menamakan bayi itu dgn Namaku, kerana nama ini besar Amanahnya. Aku pun tidak kuat membawanya... 

Akhirnya, aku harap kau Bahagia. Kau sudah Memeluk Pelangi. Sedangkan aku, masih mencari tongkat untuk Mula melangkah melihat Awan. Aku Masih Jauh untuk Cinta. Aku tiada apa ingin berikan pada Wanita, Aku Naif dalam bidang ilmu Agama, Sifatku pula Banyak Nakalnya...

Kamu, jaga diri. Aku pernah Kata aku akan tunggu kau bila kau bercerai nanti. 

Aku Bohong !!!
Kini, Aku hanya mahu Kau terus Bahagia dan Tersenyum...