Thursday, August 4, 2011

Aku mahukan Pelangi

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan ribut petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " 

"ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan 
sekiranya kita tabah dan terus berusaha"
Begitulah juga dengan Hidup kita. Musibah datang dan pergi dengan rela atau paksa. Kita perlu kuat. Jika tidak, pastinya kita akan tersungkur sebelum berjaya bangkit. Beginilah lumrah alam. Pelangi, ribut, hujan, dan terik mentari adalah simbolik perasaan dalam jiwa kita.

Terkadang kita sepi, dan terkadang kita gembira, namun semuanya bersifat sementara.

Pelangi yang hadir mengheret kita utk Tersenyum

Usah ditanya kenapa Manusia perlukan Bahagia, kerana Aku tiada Jawapan utk Itu. Namun apa yg aku tahu Bahagia itu umpama jantung dalam kehidupan kita. Jika tanpanya, kita akan bermurung, dan jika hadirnya kita akan senang tertawa.

Namun, aku tidak suka jika ada Manusia yg Sengaja memberikan sengsara kerana baginya, itu adalah Bahagia. Aku berikan contoh; seorang kekasih acapkali memarahi kekasihnya kerana kerja lewat malam dan asyik sibuk dgn urusan kerja. Adakah ini cara menunjukkan sayang, atau Cemburu tidak Bertempat.
Kau harus percaya pada takdir, jika dia Milik Kau, Kau tidak perlu takut. Sebaliknya, persiapkan diri utk menjadi Lebih Baik.



Luahan ini aku tujukan kepada yg terlalu pasrah dan patah hati. Kau kena ingat, kau hilang satu Bahagia,bukan semuanya. Keluarga dan teman masih ada. Tidak perlu menantikan peluang yg tipis. Kerana apa?

"Setiap Hari Pasti Akan ada Pelangi Baru yg Bakal Menyinar"

Maka,Belajarlah untuk Tersenyum kerana Senyum itu Ukiran Bahagia.

No comments:

Post a Comment