Monday, February 20, 2012

Jangan Melihat Indahnya Cangkerang

Assalamualaikum...

Manusia seringkali menilai seseorang dengan perspektif luar semata-mata dan jarang memberi masa kepada si dia untuk menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku.

ketika melihat anak remaja yang mendukung dan menyusukan bayi kecil, terus diludahnya tohmahan kepada remaja itu dengan anggapan bahawa dia adalah remaja runtuh akhlak, walhal, masyarakat tidak tahu dia dirogol oleh bapa kandungnya sendiri sehingga mengandung.

Orang gemuk seringkali dituduh sebagai "sang buruk lantak" walhal mereka tidak tahu bahawa orang itu sebenarnya memiliki kadar metabolisme rendah untuk membakar lemak, walaupun dia cuba mengikat perut 3 hari tanpa menjamah makanan.

Aku sedih, rakyat terlalu cepat menilai. Kau tahu apa? Jangan kau terlalu mengutuk seseorang, kerana mungkin di sisi Allah, beliau jauh lebih baik dan mulia berbanding Kau!


Jangan terlalu cepat menghukum kerana hukuman anda itu membuat insan-insan seperti aku terseksa.
Kau perlu tahu, kami cuba untuk mengelak! Kami cuba untuk tidak seperti ini.


"Aku menulis ini dengan penuh sebak. Harap kau faham"


3 comments:

  1. manusia terlalu suka menilai tanpa tahu apa sebenarnya jadi..bersabarlah~

    ReplyDelete
  2. mereka yg x penah cermin dri sndiri..mmg suka menilai org len tanpa thu hal sebenar nye.. mmg ini lah sikap orang malaysia yg menganggap dri mereka bgus dr smua aspek,pada hal mereka jgak tidak la bgus mne pun.. :)

    ReplyDelete