Wednesday, February 29, 2012

Calon Memimpin

Assalamualaikum sahabat...

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit pemerhatian aku terhadap gelombang baharu yang mengganasa di IPTA seluruh negara berikutan pengaruh kuat dari media luar. POLITIK!

Nanti dulu, jangan cepat melatah dan ingin pergi tanpa membaca habis.
Kau harus baca, sebab pemimpin ini kita yang pilih dia untuk memimpin kita.

Aku taknak bercerita soal khalifah dalam cinta rumahtangga kerana itu kau sendiri sudah tahu ciri apa yang patut kau pilih; menjaga agama, menjaga batasa diri, menjaga keluarga, dan bijak menjaga iman. Wallahualam



Seharusnya, kita perlu memilih pemimpin dalam kalangan kita sendiri;
kerana kita lebih mengenali dan faham etika dan perangai mereka;
Carilah yang boleh bekerja dengan ikhlas, demi Alif Ba Ta (agama, bangsa, tanahair)
dan BUKANNYA yang hanya glamor dan mampu menarik pengundi;
namun pincang dalam perihal gerak kerja, dan kebajikan rakyat bukan terutama..

Paling Penting ADAB dan PENAMPILAN, barulah BERILMU dan KERJA KERAS datang menyusul


Makanya, kalau kawan kau menjadi calon, kau sokonglah dia, kerana dia cuba untuk MENJAGA KEBAJIKAN kau dan kawan-kawan. Jangan kau buang dia terus. Bagi semangat OK??

::: Semoga yang terbaik akan memimpin :::

Wassalam...

2 comments:

  1. jangan terlalu taksub pada parti sebaliknya pilihlah pemimpin berdasarkan kerakter, sifat, agama, dan segala aspek dia yang boleh menyumbang kepada pimpinan olehnya dan setelah membandingkan, barulah buat keputusan. kalau sekadar mengundi berdasarkan parti, entah pemimpin itu boleh memimpin atau tidak akan jadi belakang cerita?

    ReplyDelete
  2. benar tu bro! sebab itulah apa yg aku katakan, memilih pemimpin nie besar tanggungjawabnya..dan aku buat entri untuk memilih, bukan untuk menjadi..so, ia akan lahir dari pandangan kita laa..sebagai pengundi..jgn taksub!

    ReplyDelete