Monday, January 16, 2012

Jinjang Pelamin Mencekik Leher

Assalamualaikum sahabat, walaupun aku tahu tiada siapa yang sudi menjengah blog busuk ini. Jika tidak, sudah pasti aku sudah berbangga memiliki aura dan pengikut aku sendiri dalam blog dan di facebook.

Ramai dan berlambak budak perempuan, di hujung karier belajar mereka di Universiti 
(terkadang ada yang baru sem 1. Oh tidak!!) sudah mula menyangap terdesak untuk berkahwin. Kau perlu tahu, kahwin itu bukanlah seperti makan dan berak, ataupun membikin kek, jika bantat sekalipun,kau boleh lempar dan buat yang lain.

Kahwin ini perlu komited dan komitmen yang ada perlu tinggi. Aku malas nak sekolahkan budak-budak bodoh ini soal komitmen, nafsu, dan masa depan, apa aku nak hujah, adalah KOS kahwin.

Perempuan? Hanya duduk menadah cinta dari jejantan (oh, mereka juga perlu mekap tebal, ber-Hana Tajima, ataupun ber-kaler rambutnya) untuk digilai. Bagi lelaki,tugas lebih berat. Aku soal dalam isu ini, soal perkahwinan Melayu beradat. Aku taknak sentuh nikah dalam pejabat agama (khalwat) kerana itu lain, tapi nikah beradat sangat banyak duit dibakar dilaburkan hanya untuk dapatkan CINTA dan seorang peneman yang belum tentu setia.



Bagi aku, perkahwinan yang ideal buat Lelaki adalah pada umur 30 tahun. Kenapa? Pada masa itu, pekerjaan dan gaji sudah stabil, dan mungkin simpanan selama 6 tahun sudah cukup (RM 5,000/tahun x 6 tahun) sudah cukup. Bagi perempuan, kau jangan nak perkahwinan impian sangat. Sebab lepas kahwin, perut kau nak kena sumbat jugak. Maka, berjimatlah.


Kahwin kerana cinta, bukan mengejar glamor.

Tahniah Bro! Kahwin jugak kau.