Friday, January 13, 2012

Afdlin Shauki :: Rafiuddin Rabu

Aku bangga, dan aku hormat akan beliau, Afdlin Shauki Aksan. Bukan kerana dia masuk UMNO, sebab bagi aku mencampuri isu politik di Malaysia ini perlu, tapi terlalu kotor untuk insan suci seperti aku masuk ke dalamnya. Banyak liku.



Afdlin Shauki, seorang budak lelaki gemuk, sama seperti aku, berkongsi minat yang sama, membikin filem, cuma bezanya dia tahu mencari lubuk kerjaya, sedangkan aku tersangkut dalam dilema menghabiskan ijazah sarjana muda Sastera Inggeris, yang sehingga kini, kurang dari 40% rasa minat aku padanya. Oh!

Siapa kata budak gemuk ini mengah dan selalu tercicir. Usah kau ajak kami beradu kepantasan, tapi beradulah secara ilmiah, mungkin ianya akan tampak lebih setara. Aku percaya pada filem, kerana apa, dalam setiap cerita, ada kisah sepinya yang tersembunyi, dan filem jugalah mengenalkan aku dengan ragam dan kerenah manusia, samada semulajadi, mahupun dibuat-buat (biasanya).


Pencapaian Afdlin Shauki membakar semangat aku untuk cuba mengukir tapak dalam industri seni kreatif. Aku cuba. Jangan kau kata aku banyak berangan. Aku kata,aku cuba, aku berusaha kota.

Berangan-angan itu jauh lebih baik berbanding tidur

Malam ini aku rasakan sungguh emosi, dan aku rasa aku perlu tolak tepi semua caci maki dan terus maju, kerana aku bukan mengidam untuk jadi pelakon opera, boneka pentas, cuma cukuplah sekadar pemain boneka yang mampu buat orang hati senang dan pulang dengan riang.

Bangkit dari caci, terus bungkas bangun berlari