Saturday, January 7, 2012

Dari Banting dengan Cinta

Assalamualaikum.

Bosanlah, hari-hari baca blog soal politik, BEBAS sana, kemudian blog bukak aurat (17A), murtad, merusuh, lemak babi. Oh! Mari santai sahaja layan entri kali ini.

Apa ada dengan cinta?

Dahulu saya pernah soal diri saya, kenapa perlu ada cinta dalam hati Uda, dalam hati Dara. Hingga kini, skema jawapan tidak pernah sama, dan saling berubah.

Jujur, cinta sesama insan itu indah, jika kau indah dalam mencorakkannya.
Cinta itu umpama kain putih, dan kau adalah pencanting batiknya.
Lelaki memerlukan wanita, seumpama pencanting memerlukan lilin cantingan.
Jika elok lilin itu, maka indah dan kekal lamalah alunan batik itu. 
Jika pencantingnya tidak bersedia, buruklah dan teruklah kain putih itu.

Kau tidak perlu sedih, masih ada kain putih (kehidupan) lain untuk kau berdua.

Terkadang, Koka Kola dan Soya tidak serasi bersama. 
Terkadang, Kicap dan gula serasi berdansa berdua dalam kuali masakan.

Cukuplah aku bermadah. Cara ini akan buat kau diam membaca dan berfikir ironinya. Jadilah seperti tanah. Walaupun dia dipijak, dihambat mentari, diludahi hujan, tanah tetap tempat kita berjalan, menyuburkan tanaman dan menjadi dasar rumah lindungan kita.

Cintailah Allah, nescaya cinta kepada insan akan datang menyusul. InsyaAllah.



"Kau tidak perlu bersalah menolak cintaku,
Apa yang penting, kau terima sepersalinan solat ini, hadiahku buat dirimu" (Rafiuddin Rabu, 2012)