Wednesday, January 18, 2012

Ironi Habis Exam Lewat

Assalamualaikum...

Hari ini 18 Jnauari, bermakna lagi dua hari sesi pembelajaran untuk semua IPTA akan tamat (20/01/2012). Namun bagi aku, semua itu tidak penting, kerana esok aku masih ada kertas untuk aku henjut kaw-kaw. Bukanlah dahagakan A untuk itu, tetapi aku harap ianya terbaik dengan usaha aku selama ini. 

(saya sedang study)



Aku toleh kanan kiri depan belakang, blok sudah mula sunyi. Menaiki bas pun sudah semacam singgah di kuburan, sunyi dan tidak ramai orang. Adik-adik khasnya dah ramai pulang ke kampung bercuti. Senior pula? Ramai yang masih bergelut dalam exam dan perjuangan tesis. Semoga berjaya.

Berikut ada beberapa point yang aku fikir sangat cool di penghujung sem ini :

  • suasana malam dan sunyi sepi (tiada lagi jeritan bapok kedengaran)
  • tak perlu berebut kongsi jamban
  • wifi sangat laju (serius beb)
  • kafe masih banyak lauk walaupun dah jam 3 petang
  • jalan-jalan di UKM dah sangat lengang (boleh main one way masa pukul 11 malam)
  • library dah tidak seperti Uptown Shah Alam dah
  • senang berurusan di kaunter ofis (tak perlu beratur panjang)
  • tak perlu nak tunggu bas kedua untuk ke mana-mana (sebab 1st bas macam sardin biasanya)
Kepada adik-adik yang sedang bercuti, sihat-sihatkan laa diri dan JANGAN MAIN MERCUN.
Abang-abang jangan main benda bukan-bukan dan JANGAN BER-KUTU EMBUN
Akak-akak pula, belajarlah masak tapi JANGAN SAMPAI TERLUKA JARI

Ucapan kepada abang kafe dan family ofis, tingkatkan prestasi dan kualiti produk anda, dan selalu-selalulah senyum sem hadapan! Jangan nak mencuka saja. Menyampah!!!

:: Assalamualaikum ::

No comments:

Post a Comment