Friday, October 7, 2011

SASTERA INGGERIS

Bercambah dan kian mekar skil aku dalam kesusasteraan bahasa inggeris.

Perkataan ini adalah perkataan yang paling "momok" yang pernah wujud dalam diari kehidupan aku. Di penghujung Jun 2009, semakan UPU (kemasukan ke IPTA) buat aku gila. Sastera Inggeris dengan Kepujian, UKM. Aku pura-pura tenang, walaupun risau bagai celaka. Manakan tidak, dahulu masa kelas MUET tak pernah aku kesah pasal bahasa penjajah universal nie.

Tidak mengapa, aku sudah tiga tahun di UKM. bergolek dengan minat yang aku benci dahulu, kini mula aku sayang. Benar kata orang tua, Melentur Buluh biar dari rebungnya. eh, tak kenal maka tak cinta. Maaf, terlalu fokus pada English, sampai lupa seni Bahasa Melayu.

Aku dan kawan lain (lelaki ada 8 ---> 7 Melayu + 1 Serani) kami banyak belajar benda-benda sangat mengarut benda yang amat unik seperti:

  • pengiklanan
  • sejarah sastera inggeris
  • sains fiksyen
  • membuat video, poster, dan membikin produk dan syarikat sendiri (ini syok)
  • mendalami perasaan pembaca tegar (benci membaca buku) dll.
Pelbagai penderitaan aku lalui. Bertutur (selalu susun ayat kat otak selama 3 minit baru cakap). Penulisan? C adalah kawan baik aku. Soft skill (bersajak, berteater, lakonan) menggigil dua bijik kepala aku kat bawah nie. Tapi semua itu mematangkan kita kan?? Belajar benda baharu setiap hari. Usah takut untuk mencuba, kerana Anda belum tentu akan GAGAL. kan??

Memang aku belajar English, tapi aku selesa berbahasa Melayu, 
kerana Bahasa Inggeris sebagai Ilmu, Bahasa Melayu sebagai darahku.

Doakan aku berjaya KONVO September 2012.

pssstt, nak bagitahu, tesis aku dalam Bahasa Inggeris. Wish me Luck!
Assalamualaikum...