Sunday, September 18, 2011

:: Kena Reject? Sakit Bagai Celaka ::


Menangis pun tak guna, kau nak tumbuk pun, sia-sia saja. Dia dah bahagia, Yang kau terngadah jadah apa?, Baik kau cari yang lain, banyak lagi perempuan yang ingin, dia pun tak lawa mana, cuma solehah, dan hormat orang tua, budak UKM nie pun banyak yang sebegitu rupa, yang penting tak mengalah teruskan Usaha...


Sakitnya bagai celaka kan? umpama nasi tidak berlauk, umpama facebook lupa password, jalan atas bara tanpa berselipar, dan sakit seumpama tersingkir dari pentas final AF, kau campur semuanya, kau pasti akan dapat rasa yang sangat sama. Kenapa rasa sebegitu? Sebab harapan kau terlalu tinggi, sebab kau dah ikrar janji macam-macam, sebab member kau semua busybody (mampus nak cover line bagitahu kena "dump"), dan paling penting sebab lelaki itu penuh EGO.

Tenang saja, memang jodoh tidak kira masa, dan jangan merajuk, sebab sumpah aku bagitahu kau, lelaki takkan hidup tenang tanpa ada Wanita. Jangan nak dalih, sebab aku pun Lelaki. Jika kau nafikan, sumpah, ego celaka kau sudah sampai !!!

Persiapkan diri dengan kekuatan mental, dan jangan sibuk cari pembaris kayu nak kelar nadi tu. Bodoh shangaaattt~~ Hahaha !!

Wahai Lelaki, kita kena relax je, sebab korang tahu kan faktor kesuburan Lelaki berbanding Wanita? So, chill der...
Umur 60 pun masih boleh kahwin...

Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment