Sunday, September 18, 2011

Jangan Nak Benci Sangatlah Kan...

Salam...
 Pernah dengar ungkapan atau kata dari sesiapa bahawa

"Tidak mustahil insan yg paling kita benci satu masa dahulu, mungkin Jodoh kita"

OK, sebelum apa-apa, kita nilai dulu ayat ini. Aku maksudkan kawan sekelas, atau rakan sepermainan waktu dulu-dulu (biasanya masa kecik, perempuan sgt ganas, tumbuk mata kawan, mandi parit, dan serupa gengster dah).. dan Bukannya orang kau benci macam Emak kau (taknak beli choki-choki [haram weyh cinta mak sendiri], orang jaga tol [sebab bagi duit belen lambat], cikgu disiplin, dan sesiapa je yg datang jengah sekejap dlm hidup korang!)



Kebiasaannya, kita pasti akan merindui kenangan bersama dia (berlainan jantina OK) selepas terpisah sekolah, beza kelas (kau bodoh, dia bijak), ikut mak bapak pindah (kerja askar [aku gurau]) dll. Kenangan tu walaupun penuh dgn lebam dan airmata akan buat kita senyum sendiri. Budak Setan! tapi, dia jugalah yang tiup lutut kau masa kau jatuh, bawak naik basikal beli eskem, main masak-masak dan terpaksa makan tanah (kau masak nasi kononnya)...


Makanya, tidak perlulah kau cepat sentap dengan usikan kawan-kawan, sebab ianya akan buat kau terfikir
"betul ke aku dan dia sepadan?" dan pastinya secara tidak langsung membuatkan kau tertarik utk tarik perhatian si dia.
Korang relax je, biar Mak Jemah kasi setel !! Senyum saja bila kau kena usik, lagi2 dalam zaman kuliah dan alam pekerjaan. Best what kena skandal dgn awek hot / lelaki badan petak? Huhu...

Semoga cepat kau orang timang anak...

Assalamualaikum !!!

Saje Letak, taiko cerita Shaolin Hong Kong nie...hahaha!!