Saturday, November 10, 2012

Hidup Bukan Untuk Derita

Assalamualaikum..

Aku tahu pasti semua dalam kalangan kita akan ada satu hari dimana anda bersa sangat berputus asa, dan mengalah dengan hidup yang anda ada sekarang. Anda rasa andalah golongan yang gagal, anda hanya parasit di dunia sosial ini, dan mungkin juga anda merasakan anda adalah seorang yang PASTI akan kalah dalam setiap pertarungan.

Tahukah anda, semasa dalam perut lagi, anda sudah pun menjadi juara? Buktinya, dalam jutaan sperma yang wujud, andalah seorang juara yang mampu tewaskan yang lain dan berjaya dilahirkan di dunia ini.

" Tapi setakat lahir je, nak buat apa? Aku rasa aku tak pernah menyumbang untuk sesiapa "

BODOH!

Semasa kau lahir saja, sudah ada ramai yang tersenyum gembira menunggu, dan semasa kau menginjak dewasa, keletah dan gelagat kau seringkali mencuit hati keluarga.

" Kau beruntung, kau ada keluarga! Aku? Sekadar sang yatim piatu yang hina "

Kau masih beruntung sebab kau ada nikmat kesihatan dan anggota badan yang sempurna. Mungkin kau cakap kau sedikit kurang upaya. Benar, tiada siapa yang sempurna. Sebab itulah Allah jadikan manusia itu dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Untuk melengkapi.

Aku pelik dan sangat terasa hati bila aku tengok, ramai yang kecewa dan berasa serik untuk bercinta, selepas ditinggalkan kekasih hati. Benar, perpisahan itu memeritkan. Apa kata kau ubati diri kau yang lara itu dengna berlibur bersama kawan-kawan kau? Pergi keluar berjalan, atau paling tidak, carilah cara lain untuk kau buat-buat sibuk supaya boleh lupakan dia.

Sedih itu lumrah, tapi jangan kecewa serupa bangang, sudahlah..

Aku juga pernah rasa kecewa. Tapi sampai bila kau nak terus terseksa?
Dia terus bahagia dengan pelangi yang dia pilih, takkan kau nak terus meroyan? Tak bagus. Move on! dan berusaha menjadi lebih baik, suapaya dia sedar dia adalah orang bodoh sebab dah tinggalkan kau.

Aku ingin berpesan satu;

Hidup ini Bukan untuk Menjadi Celaka, Hidup Bukan Untuk Derita.



No comments:

Post a Comment