Thursday, September 6, 2012

Mari Belajar Bahasa Melayu 1.0: Keletah, Telatah, dan Kerenah


Assalamualaikum. Sudah pasti ramai yang tidak ambil peduli akan 3 istilah kata ini, namun acapkali ianya disalahgunakan dan tidak sesuai digunakan menurut situasi yang tidak bersesuaian.

Adik saya yang berusia setahun enam bulan itu pandai menjawab. Keletah sungguh beliau. Penat sungguh saya melayan kerenahnya yang inginkan itu dan ini. Telatah dan perlakuannya membuatkan kami sekeluarga tidak kering gusi.

Senang, bukan?
Dengan erti kata yang mudah;

Keletah itu seperti bijak menjawab (dengan cara yang lucu dan humor)
(kelétah) gerak-geri atau pertuturan­nya dibuat-buat, suka bergaya, genit: gadis ~; berkeletah berlagak atau berkata-kata dgn gaya yg dibuat-buat, bergaya: Si Bunga Pekan sedang ~ dgn perkataan-perkataan yg pelat.

Telatah itu pula ialah perlakuan, perbuatan, fi’il.
(telatah) gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai: meluat benar perasaan Masri meli­hat ~ Nisah yg mengada-ngada pd malam itu.

Kerenah itu pula seperti kelakuan yang mengada-ngada. Sebagai contoh yang paling mudah, awek anda! Banyak sangat mahunya, itu dan ini.
(kerénah) ragam, tingkah laku, ke­mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama­nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai for­maliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat di­luluskan atau dilaksanakan.

Boleh rujuk kamus di sini;

BM itu lebih mudah jika kita bersabar untuk belajar. :)

No comments:

Post a Comment