Friday, September 28, 2012

Aku Bukan Untuk Ditangisi

Assalamualaikum.

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan jutaan ampun dan maaf kepada sesiapa yang tersinggung, gembira, sedih, dan terkejut dengan pengunduran diri sebagai penggerak Aspirasi UKM, semalam. Mungkin aku bukan lagi penggerak, tapi untuk mendukung, insyaAllah masih ada lagi sayang itu di hati ini.



Pada mulanya kau berbicara pada aku soal perjuangan. Benar, aku bukan orang lama, tapi aku cuba untuk pekakkan telinga dan membantu apa terdaya, namun aku bukan siapa-siapa, hanya kuli yang hina.

Pengunduran ini, aku rasakan tidak akan menggugat perjuangan kamu semua, keseluruhannya. Aku bukan siapa-siapa, dan tidak ada apa yang aku hulur selama aku dalam "line" ini.

Bukanlah mencari publisiti murahan dan mahukan perhatian, cuma pesan aku, apapun terjadi, jangan ada rahsia antara teman-teman perjuangan.

Benar, kita umpama sebuah famili. Benar! Famili zaman modenisasi. 

Adik beradik hanya akan berjumpa bila ada masalah sahaja, yang difikirkan sudah buntu untuk dilunaskan seorang diri. Sebolehnya, segala hal akan dianggap terlalu personal untuk dikongsi, dan keputusan sendiri adalah jauh lebih baik.

Pengalaman mengajar aku banyak benda. Orang emosi macam aku hanya wajar duduk di sudut dan memerhati, bukan untuk turun berperang bersama. Sungguh! Aku dah gagal.

Aku pergi, dan aku berundur, sebab aku tidak mahu aku menjadi orang yang kau khuatiri untuk berpaling, menjadi pembelot satu hari nanti. 

Jangan risau. Rahsia Tetap Rahsia.

Kita pernah bersama bahagia, aku takkan khianati Perkenalan kita.

:: Maafkan Aku ::

Wassalam

No comments:

Post a Comment