Friday, March 2, 2012

Gula-Gula dalam Balutan

Assalamualaikum...
Hari ini aku terlintas untuk menulis perihal batasan aurat bagi wanita. Isu ini agak common dan ramai yang tidak senang duduk membaca perihal ini, kerana kau tahulah, kini terdapat pelbagai gaya muslimah yang menutup tubuh, bukan menutup aurat.
Bagi wanita, batasan aurat ini sangat penting. Ada yang benar menjaganya, ada yang on off, dan ada yang menutup aurat kerana fesyen semata. Oh!
Ada beberapa tips dan kaedah yang boleh digunakan untuk membuat penilaian perihal isu ini. 
Tahu. Mesti ada ilmu. Amat penting kepada muslimah di luar sana tahu tentang batasan aurat, ciri-ciri pakaian menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum menutup aurat dll.
Seorang muslimah itu perlu sedar bahawa tuntutan syariat ini amat perlu dan berusaha untuk menyempurnakan suruhan Allah. Owh, minta jangan buat sambil lewa, acuh tak acuh, sebab perkara halal haram adalah satu isu besar. Jangan just sarung-sarung tanpa ada ilmu. Takut niat baik bertukar menajdi takbur dan bongkak!


Syiar. Setiap agama ada imejnya. Islam telah menggariskan panduan kepada para muslimah pakaian yang menutup aurat. Ciri-ciri wanita muslimah dapat dikenali daripada pakaiannya yang menutup aurat bukannya menutup tubuh. 

Mirror. Ini antara fungsi cermin ye, wahai kawan perempuanku yang manis semuanya. Sebelum keluar rumah, tengok diri dekat cermin sambil berkata, “Adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat nak keluar ni? Apakah Allah redha dengan pemakaianku ini?” Jawab dengan keimanan bukan ikut kata hati semata.

Malu. Perlu ada rasa malu dalam diri bila kita mendedahkan aurat. Namun, kini wanitanya banyak yang kurang menitikberatkan soal pemakaian. Waspadalah! Anda diperhatikan oleh "CCTV Allah".

Berkawan dengan teman yang solehah, fungsinya, beliau ni boleh bantu kita kuatkan pendirian dan lagkah seseorang tu untuk berusaha mengubah penampilan yang lebih sopan. 

Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. But, kecantikan yang Allah kurniakan itu sebenarnya adalah hak eksklusif seseorang wanita tu dengan suami dia je.Then, jangan mempertontonkan aurat sebebasnya secara percuma, sebab suami pon perlu bayar mahar untuk memilikinya.

Banyak manfaat. Wanita yang keluar rumah dengan menutup aurat akan melangkah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tak perlu risau ada mata-mata liar yang memandang, tak perlu kisah nak set rambut, tak perlu berhabis duit untuk aksesori yang macam-macam.

 
Wanita, aurat kau dah tutup, jangan pula kau simpulkan dengan berpegangan tangan, menjerit-jerit, dan melakukan perkara yang membuka aib kau sendiri ( memakai legging, mahupun menghisap rokok) 


3 comments:

  1. memang tepat sekali sis :)
    mohon besarkan mata!!hahah~

    ReplyDelete
  2. mudah2an aurat wanita kini terpelihara..mohon doa sentiasa dikurniakan hidayah dr Yang Maha Esa..amin..

    ReplyDelete