Sunday, March 4, 2012

Jangan Main Radak Je

Assalamualaikum...

Hari ini terlintas untuk aku berkongsi dengan anda, isu sensitif yang jarang orang ambil kisah. 
Percayalah. Luangkan sedikit masa untuk membaca ini.

Seringkali kita terkeliru dengan istilah barat dalam penghasilan makanan, terutama bahan awetan dan perasa. Sedar atau tidak, ada bahan yang sebenarnya HARAM kerana datangnya dari KHINZIR.
Mari sama-sama kita baca dan teliti;
 
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi :

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 


'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 
'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. 
Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah
'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.


Wassalam...

No comments:

Post a Comment