Friday, July 15, 2011

Remove, Re-Add, Approve

Entri kali nie aku ingin bicara topik panas pasal "invention" yg wujud dalam Laman Sosial paling top kat dunia sekarang ini, iaitu Fakebook Facebook..

Melihat pada tajuk pun pasti dah dapat agak ianya entri pasal Apa. Sedia maklum bahawa kita manusia punyai ego, susah memaafkan atas alasan, "kau memang patut dilayan seperti itu"..Ok,aku bagi contoh beberapa situasi yg boleh paksa korang REMOVE friend di FB ni..

  1. dia asyik buat taik dengan korang (ejek,perli,sexual harassment [maybe] atau buat korang x selesa)
  2. pasangan cinta hati korang (DULU)
  3. orang asing yang add korang guna muka artis keropok K-POP, tp padahal lelaki desa yg nak ajak korang join direct selling!!! pe daaa~~~
  4. ataupun lebih parah lagi Bini atau Suami orang!!
contoh lain??apa sahajalah yg mampu hasut anda dari singkirkan mereka dari sibuk tahu hal anda (update status katanya)

sudah berkahwin


Begini, bagi aku elok REMOVE je orang tu dari kacau hidup kita,Sebabnya??
  1. mereka akan ingatkan kita ttg kenangan masa lalu yg masin manis2 jew...
  2. korang sanggup tengok dia (bekas balak/aweks) update gambar bersama cinta hati baru??
  3. update status bikin muntah hijau kat fb dia ttg luahan cinta dgn kekasih baru... wtf laa anda!!
  4. paling x boleh blah kalo dia sudah jadi Bini orang   
    mekaseh Papa jadi suami saya, dan mampu buat saya mengandung,Papa memang Hebat! cuyunk Papa ketat-ketat...
    Yayaya,memang lah dulu kita syok kat dia,tp sekarang dah lain!dia dah bahagia,dan korang pun layak cari Bahagia korang jugak~~
 RE-ADD mahupun APPROVE friend request?perlu atau tidak?
  1. kekadang, bagi lelaki yg Hot dan Jambu macam aku nie (siapa perasan comel sila angkat tangan) mmg susah orang nak lupa. kalau dia add lagi, terserah anda nak APPROVE atau tidak..kalau anda sanggup terima sebab 2 di atas nie,silakan laa...
  2. perlu jika dia kawan baik anda sewaktu dulu.mana tahu nak ajak konvoi raya ke,atau anda nak kahwin nanti,senang nak contact2..  (not recommended)
  3. jika dia RE-ADD,senang!!! klik je [not now], dia leh baca status anda yang sempoi2 tanpa perlu berhubung secara Dua hala..Faham kan?
  4. namun,bagi aku,x payah la gatal2 nak RE-ADD dia melainkan dia yg Add ko balik,sebab takut2 perasaan sayang tu akan datang balik,parah kau nanti!mana dgn kau nak menjawab dengan awek/ balak kau yg kaki cemburu (main maki tanpa usul periksa), xpun kau kena Henjut (ayat ganas bagi "pukul" [ayat KL Gangster] ) dgn balak dia..Naya!
sebagai gulungan hujah, nak approve tu x salah kerana ianya merapatkan kembali ukhwah yg renggang,namun jika anda x cukup kuat macam Aku,lupakan sahaja Niat tu..Tak Luak kalau setakat kurang sorang kawan..awek sekolah yg bergambar muncung itik ramai lagi korang boleh Add...
Sahabat Susah Senang

1 comment: