Sunday, July 24, 2011

Begitulah Cinta Begitulah Gaya Makannya

Kesopanan dan Kesusilaan di meja makan..

Fokus

Gaya makan si dia di meja makan juga memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan.

  • Makan dengan tenang
Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Untunglah...
  • Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Perhatikan cara dia makan. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Cukup teliti! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
  • Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi tidak kerap. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah hendaknya!

  • Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu mungkin. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah.Moodnya susah untuk diramal...

  • Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

  • Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Biasalah tu, si dia jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis lain,jika tidak, hubungan kamu dalam percaturan...


Kajian ini bukanlah boleh diambil terus, namun sedikit sebanyak mungkin dapat membantu...Apapun, kebersihan dan kesopanan itu kan memang dituntut dalam Islam kan?Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment