Friday, June 15, 2012

WALAWEI DEBAB


Assalamualaikum.

Aku akui tiada siapa ingin berfizikal besar dan saiz ekstra, namun kau perlu tahu, hidup ini umpama 5 jari kita, tiada yang sama, namun saling melengkapi. Tidak perlu mendambakan kesempurnaan, kerana setiap ciptaan Allah itu sempurna, dan indah.

“Mungkin aku tidak mampu temani kau bersukan, berjalan jauh dan temani membeli belah, mungkin aku buat kau malu jalan sebelah, mungkin aku buat kau malu depan keluarga dan rakan-rakan, mungkin juga orang seperti aku menghalang pandangan dan menggegarkan hidup kau, tapi orang macam kami juga ada perasaan, dan jiwa untuk dijaga”.




Kerana itu orang debab suka berjenaka, menghiburkan orang lain, kerana itu sahaja yang kami mampu, meletak sedikit warna dalam hidup kau. Kami tidak mampu buat yang lain, yang lebih ekstrem, Cuma kami berharap, orang macam aku, selesa untuk menjadi pendengar dan penghibur. Aku tahu, ada yang cakap orang gemuk ini badut teman-teman. Tidak mengapa, kerana kami menutupi airmata kami dengan gelak tawa kami, mungkin palsu, dan mungkin tidak.

Jadikan diri seperti sang suria, kadangkala orang benci kerana bahangnya, dan orang juga menyukai kerana harapan yang dibawa bersama.

 Aku ingin menjadi seperti mentari. Mudah dilihat, susah untuk dilupa. Aku hanya mahu, orang saiz ekstra seperti aku dilayan sama, dan kurangkanlah sedikit pesimistik dan renungan sinis anda terhadap aku. Kau tidak tahu silamku. Kau juga berhak untuk mencaci, untuk melegakan kau.

benda lepas jangan kenag lagi, Bro

Kami debab dan besar, kami senang kelihatan, dan banyak memakan ruang;
Tapi kami cuba untuk membahagiakan orang, walaupun banyak yang sinis memandang.

No comments:

Post a Comment