Monday, April 9, 2012

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum.


Lihat Kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harumkan
Sumber ilmuan berkembangan

Inilah Varsiti Kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya
Membina negara senantiasa
Maju berilmu dan bahagia



Gemersik bait lagu keramat ini masih bersimpul dalam rongga telingaku. Janji keramat agar aku menyemai ilmu, membenihkan iltizam menjadi siswa yang berbudi untuk dunia masa hadapan. 
Namun,memang mudah untuk berbicara, tapi perlaksanaan itu perlulah juga ada semangat jitu yang terjalin sama.

Bagi aku, suka duka menjadi peraih ilmu di Perbukitan Ilmu UKM ini seumpama menjumpai emas dalam timbunan kaca. 

Bangga! Teruja! 

Namun aku sedih, tatkala mana nama UKM acapkali dicabuli dengan anasir yang tidak enak.

Prestasi akademik menurun, ketidakbolehpasaran bakal graduan, dan paling sedih UKM dilabel sebagai Universiti Kuat Merusuh kerana segelintir penuntutnya gemar merusuh di IPTA lain demi perjuangan cabuk dan tidak jelas. Aku tutp isu ini, kerana bagi aku, mereka perlu dimaafkan kerana lumrah pelajar, 

Kami Masih Belajar. 



Untukmu UKM, aku tidaklah hebat mana, pencapaian akademik pun hanya cukup sekadar untuk mengisi jawatan peon di institusi kerajaan sahaja, namun aku punya hasrat, satu hari nanti, aku ingin melihat UKM disegani kerana produk segarnya, kita, lepasan Ijazah !

UNTUKMU, UKM

Kau hamparkan varsiti ini dengan darah pejuang, titis peluh satria,
Yang kisah akan nasib bangsa, hati anak muda,
Kau tidak sanggup anak kau dicemuh bodoh oleh penjajah,
Kau tidak sanggup waris kau dipijak oleh orang asing yang semberono,
Kau berjiwa pejuang, maka terlahirlah Pejuang..

Terima kasih kerana hasrat,
Aku mengukir ilmu terpahat di dada,
Aku patrikan jiwa dan ragaku untuk kau,
Persetan segala keji caci orang asing,
Banggalah dikau dengan kuasa Ilmu,
Kuasa perpaduan bangsa, impak tiupan raksa kental,
Kau belitkan dalam minda kami, anak muda mentah..

Aku berlutut kepada kau atas ilmu kau simbahkan,
Aku hargai kasih dan cinta yang kau lemparkan,
Aku titipkan hasrat dan matlamat perjuangan masa depanku,
Untuk kau, moyangku, moyang kami semua,
Pejuang bangsa, pemula sejarah bangsa,
Untuk melukis indahnya pewaris negara, dari kaca mata,
Perpaduan bangsa, Retorik kemakmuran sejagat.

Untukmu UKM, terima kasih kerana hasrat, iltizam dan simpulan penuh kasih dan sayang
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN

2 comments:

  1. nice bro :) i'm proud to be UKM students. biar mereka yg leka & x sedar. kite yg terpalit segaris semangat, teruskan perjuangan. i <3 ukm :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih mira..
    betul, terkadang kita perlu risau masa depan kerjaya kita bergantung kepada orang2 begini..sebab kita susah untuk cari kerja kalau nama UKM buruk kan?

    selamat bergraduasi !!!

    ReplyDelete