Aku?
Masih seperti ini. Lusuh dan tidak terurus. Mujur ada Nadia. Mungkin Allah cuba
menunjukkan kasih sayangnya dengna menghantar Nadia untuk aku. Pengantara cinta
Tuhan dan HambaNya. Kata Nadia, hari ini sudah masuk 1 Syaaban, kurang sebulan
untuk menjengah Ramadhan.
Biasanya,
manusia risau, apa yang bakal dipakai untuk Hari Raya, dan apa juadah yang enak
untuk diratah semasa berbuka puasa. Tapi bagi aku, bagi Nadia. Adakah kita akan
bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan? Aku serahkan kepada Allah. Ustaz
Zamberi pernah berpesan, Allah itu adalah Sebaik-baik Perancang.
Mengenali
Nadia, gadis penjual bunga ini, buat aku sedar, dan aku rasa sudah masa aku
berhenti untuk menyalahkan hokum tuhan. Aku perlu kembali ke jalan redha Ilahi.
Aku tak mahu mati dalam keadaan hina. Aku takut mati dalam keadaan sesat dan
busuk. Nauzubillah. Tiba masa, aku pulang. Pulang mencium cinta Allah. Menjadi
hamba yang tidur, lena dan, hela nafasnya, membisik nama suci Allah.
Terima
kasih Allah kerana menghantar Nadia untuk aku. Dengan bimbingan Ustaz Rosli,
aku perlahan-lahan mencari redha Allah. Beliau bagi aku kerja yang mulia,
walaupun bagi pandangan orang muda kini, itu hanyalah kerja orang yang hampir
mati, kerja menjaga masjid. Aku diupah RM500 sebulan untuk membersihkan dan
memelihara masjid ini.
Seronok. Kita jaga rumah Allah, Allah jaga rezeki dan
jodoh kita.
Jangan terlalu kejarkan dunia, sebab cinta
dunia akan mati. Jangan dikejar cinta manusia, kerana cinta itu akan pergi. Kejarlah
cinta ukhrawi, kerana ianya akan kekal hakiki.
Hari
ini sudah 15 Syaaban, Nisfu Syaaban. Nadia masih dengan pekerjaan asalnya. Dan
beliau masih lagi tinggal di rumah Madam Lee. Nadia bebas untuk solat, malah,
Madam Lee membelikan Nadia sebuah kuali dan alatan memasak untuknya. Benar, itu
bagus untuk menjaga halal makanan. Dan, Nadia begitu teruja, kerana keluarga
Cina itu sudah tidak memakan babi dan meminum arak lagi. Mereka hormat agama
Nadia, Islam.
Nadia,
terima kasih sebab jadi yang halal buat aku. Tahun ini, sudah masuk tahun
ketiga kau menjadi zaujahku. Terima kasih. Benar, manusia akan berubah kerana
sesuatu. Dan Nadia, tasbih putih yang pernah kau letakkan dalam uncang wang
aku, aku tidak pernah henti menggunakannya. Dialah menjadi saksi cinta aku
kepada Allah. Dan, terima kasih Allah. Kau berikan aku Nadia. Penyejuk mata, penawar
di hati.
Terima
Kasih Allah.
[tamat]
No comments:
Post a Comment