Assalamualaikum sahabat semua.
Sudah lama rasanya tidak ter-update blog ini kerana sibuk dengan tugasan tahun akhir sebagai siswa UKM,
Tesis lagi. Oh!
Kali ini ada sedikit perkongsian dan mungkin teguran kepada mana-mana wanita no.1 kepada pemimpin rakyat (tidak kiralah samada besar atau kecil komuniti rakyat dan skop kuasa mereka)
SAYA INGIN MEMUJI TUN
SITI..
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian
budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau.
Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat.
Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang
menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika
bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke
rahmatullah.
Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini,
bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai
persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik.
Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti
Hasmah..
Tun bersama keluarga Neelofa |
Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana
pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego,
kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan
beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan
penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak
menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang
sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci
kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga
sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama
menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya
masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan
kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang
berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.
Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya
berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat
biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah
mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi
pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan
bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian.
Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir
bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak
dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik
beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun
Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang
selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang
tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.
Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti
tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau
bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’
kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya
tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang
dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada
kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak
menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu
membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai
menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai
suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai
rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri
pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini!
Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Mungkin BAKAL PM Ke-7 MALAYSIA? LOL |
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan
yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat.
Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat
kepada suaminya..
Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!
she is an educated person and she really knows the manner. adore her too =)
ReplyDeleteyup! she is. and today is her birthday!
Deletei do love her style. very adorable :)
ReplyDelete