Assalamualaikum..
Aziz : Nah, ambil duit RM10,000 ni buat belanja kahwinkan anak kau. Takpe, pakailah. Kalau ada nanti, baru bayar.
Usin: Tapi saya mana mampu nak langsaikan nanti?
Aziz: Kau ada jalan lain? Aku ni jiran kau, takkan aku taknak tolong kau bila susah macam ni.
Usin: Terima kasih kawan. Aku janji lepas kenduri kahwin, aku bayar.
Pemurahnya rakyat Malaysia,
Buktinya, ukup saja bila kita lihat insan meminta derma di kedai-kedai makan.
Kenapa setiap hari orang yang sama datang meminta derma?
Kerana perbuatan mereka ada sambutan, dilayan dan dimanjakan.
Aku tak kisah sebenarnya, kalau tak nak sedekah, diam diri sahaja, cuma aku terkilan, perbuatan ini memalukan bangsa.
LEBIH BAIK MEMBERI MATA KAIL KEPADA SESEORANG BERBANDING MEMBERINYA IKAN UNTUK DIBAWA PULANG.
Aku setuju. Mungkin boleh dibuka peluang untuk mereka bekerja dari terus mengemis.
Masa aku sekolah dulu, aku tidak reti memberontak, cuma cakap-cakap belakang tentang beberapa cikgu yang tidak kami gemari. Itu sahaja. Tidaklah pula kami memanggil ibu bapa atau melawan guru kami tersebut, sebab kami tahu, segarang mana, sejahat mana, seangkuh mana pun dia, dia tetap guru kita, dan kita WAJAR HORMAT kepada beliau.
Sama keadaannya bila kita sudah meningkat usia remaja. Aku tidak rasa pemberontakan itu sesuai untuk Malaysia. Aku tahu, rakyat Malaysia ini pemurah dan pasti akan tersentuh dengan tindakan anda, tapi tahukah anda, perbuatan itu meletakkan maruah keluarga, agama, dan bangsa dalam keadaan bahaya, seperti berdiri di bibir gaung.
Kau suka memberontak? Itu masalah kau. Tapi kau pernah marah bapa kau kerana tidak belikan kau jajan Tora dan Jojo? Mahupun kereta DASH untuk hadiah hari lahir kau?
Kau pasti tidak tergamak untuk mengutuk dan koyakkan potret wajah beliau kan? Sebab apa?
IBU BAPA adalah PEMIMPIN keluarga dan wajib kita hormati.
Akhirnya, rakyat Malaysia masih pemurah.
Di tempat lain, mungkin otak kau sudah terhambur keluar dari tempurung;
atau mungkin kau sudah meringkuk dalam rumah besi.
Teratai melingkar di celahan titi,
Lalu membelit di akar tunggal,
Indahnya bangsa kerana Budi;
Indahnya mahasiswa kerana Akal
Wassalam...
No comments:
Post a Comment