Assalamualaikum.
Aku akui tiada siapa ingin berfizikal besar dan saiz ekstra,
namun kau perlu tahu, hidup ini umpama 5 jari kita, tiada yang sama, namun
saling melengkapi. Tidak perlu mendambakan kesempurnaan, kerana setiap ciptaan
Allah itu sempurna, dan indah.
“Mungkin aku tidak
mampu temani kau bersukan, berjalan jauh dan temani membeli belah, mungkin aku
buat kau malu jalan sebelah, mungkin aku buat kau malu depan keluarga dan
rakan-rakan, mungkin juga orang seperti aku menghalang pandangan dan
menggegarkan hidup kau, tapi orang macam kami juga ada perasaan, dan jiwa untuk
dijaga”.
Kerana itu orang
debab suka berjenaka, menghiburkan orang lain, kerana itu sahaja yang kami
mampu, meletak sedikit warna dalam hidup kau. Kami tidak mampu buat yang lain,
yang lebih ekstrem, Cuma kami berharap, orang macam aku, selesa untuk menjadi
pendengar dan penghibur. Aku tahu, ada yang cakap orang gemuk ini badut
teman-teman. Tidak mengapa, kerana kami menutupi airmata kami dengan gelak tawa
kami, mungkin palsu, dan mungkin tidak.
Jadikan diri seperti sang suria, kadangkala orang benci kerana
bahangnya, dan orang juga menyukai kerana harapan yang dibawa bersama.
Aku ingin menjadi
seperti mentari. Mudah dilihat, susah untuk dilupa. Aku hanya mahu, orang saiz
ekstra seperti aku dilayan sama, dan kurangkanlah sedikit pesimistik dan
renungan sinis anda terhadap aku. Kau tidak tahu silamku. Kau juga berhak untuk
mencaci, untuk melegakan kau.
benda lepas jangan kenag lagi, Bro |
Kami debab dan besar, kami senang kelihatan, dan banyak
memakan ruang;
Tapi kami cuba untuk membahagiakan orang, walaupun banyak
yang sinis memandang.
No comments:
Post a Comment