Assalamualaikum
dan Salam Maulidur Rasul, salam kelahiran buat junjungan besar kita Nabi
Muhamad (s.a.w), pemimpin agung umat manusia. Seharusnya, kita beristiqamah dan
muhasabah diri, serta berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan mencontohi teladan
Rasulullah (s.a.w). Usahlah kita hanya beriman, dan berhijrah hanya bila
ditimpa kesusahan semata, namun wajarnya, hijrah kea rah lebih baik itu
perlulah terus dan berterusan.
Teguran.
Mengikut kefahaman dan budaya orang Melayu itu sendiri (dari aspek pemahaman
aku), bolehlah diklasifikasikan kepada dua bentuk;
SUSAH MENEGUR
Situasi
ini terjadi mungkin kerana pelaku silap itu adalah orang yang kita kenal, ahli
keluarga kita, dan mungkin orang yang kita hormat. Pasti akan timbul rasa kekok
dan segan untuk menegur, bimbang akan mengguris hati dan diselar sebagai “macam
bagus-bagus”. Dan paling dirisaukan, wjud bisik hati yang mengatakan “layakkah
aku untuk menegur?”. MasyaAllah. Minta dijauhkan.
TIDAK BOLEH DITEGUR
Di
Malaysia ini, ada satu sifat yang sangat bagus tapi disalahgunakan, iaitu
menjaga kepentingan dan semangat dalam komuniti. Ini bermaksud, jika kau
menegur si pemimpin, kau akan dihentam oleh pengikut dan sahabat handainya.
Bagi aku, tidak kiralah siapapun dia, walaupun dia ayah kita sekalipun,
pemimpin kita, meskipun dia Raja Berpelembagaan sekalipun, perlu bersifat
terbuka dan sedia untuk ditegur. Kena sedar, teguran itu dibuat kerana risau
akan dosa “shubhah” yang akan ditanggung dan dipersoalkan di akhirat kelak.
Sama juga seperti kes Raja dan Pemimpin Negara. Jangan tersinggung dan cepat murka
dengan teguran rakyat, kerana kami menegur dan cuba perbetulkan apa yang
pincang, agar Negara ini sentiasa dirahmati Allah.
Aku
bercakap bukanlah kerana aku ingin membuka aib orang Melayu atau apa, usahlah
pula selar aku sebagai pengkhianat, kuat merapu, tidak layak digelar Melayu, dan
sebagainya. Aku nak kita sama-sama masuk syurga. Kau mungkin pentingkan
muhibbah, dan semangat berkebajikan, tapi kau perlu letak Islam sebagai
kubahnya, barulah cantik pentadbiran itu.
JANGAN TEGUR
Ini lagi palyah.
Isu
ini ada dua, yang pertamanya, jangan tegur jika kau tidak mahu dihukum. Dengan
kata yang lebih mudah, Negara ini demokrasi, namun tidaklah terlalu terbuka sangat
untuk meluahkan segalanya. Wujudnya ISA (hasutan) mungkin juga untuk
mengelakkan teguran-teguran keras yang mungkin akan mengaibkan orang terbesar
pangkatnya di Malaysia. Mungkin. Kalau sudah terang lagi bersuluh meminum arak,
membuat maksiat dan melakukan perkara lagha, mengapa enggan ditegur? Aku risau
akan pepatah lama orang tua, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Aku takut dunia luar melabel kita yang bukan-bukan hanya kerana di atas terlalu
hanyut dalam catur dunia. Mohon faham. Dan aku masih cuba pertingkatkan amalan
dan cinta Allah, serta bermuhasabah diri, sentiasa cuba berhijrah ke arah lebih
baik. Harap kau juga begitu.
Keduanya
pula, jangan tegur kerana pantang larang orang kita. Bukan sahaja Melayu, tapi
semua bangsa. Ada adat dan kepercayaan nenek moyang yang melarang kita terlalu
terbuka dan berkata-kata sesuka hati di sesuatu kawasan mahupun acara. Mungkin
juga ada peristiwa kebetulan, jika kau menegur, kau mati yang terlalu dijadikan
rujukan, dan mungkin juga kerana jangan tegur kerana atas dasar hormat kepada
penghuni alam lain di dunia ini. Wallahualam. Allah Maha Mengetahui, di langit,
mahupun di bumi.
TEGURLAH
Bagi
aku, buat apa kita takut untuk menegur benda yang sudah terang dosanya dan akan
mengaibkan sang pelaku di kemudian hari? Percayalah, dosa-dosa kecil yang kita
lakukan inilah yang dikhuatiri bakal melahirkan dosa yang besar kelak.
Nauzubillah. Kepada semua khalifah Allah di bumi ini, sama-samalah muhasabah,
dan berbuat baiklah dan perbaiki hubungan kita semua dengan Allah, nescaya hati
akan tenang, dan rezeki akan datang mencurah, dengan izinNya. InsyaAllah.
Maafkan aku, aku
masih mentah berbicara;
Tapi
aku takut Malaysia ditimpa petaka, atas dosa yang kita reka.
Jangan takut akan
teguran manusia,
Takutlah
kau dengan azab Allah yang nyata amat pedih.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment