Permulan yang ringkas untuk teman alam maya. Aku rasa dalam alam maya ini, semua benda perlu simple, kalau tidak mana mungkin banyak perkataan yang aku terkadang tidak paham dahulunya, muncul di laman sosial.
Berbalik kepada ingin menegur ini. Aku rasakan, sebenarnya sudah lama rasa ini aku pendam, aku ingin jerit bahawa artis Malaysia terlalu seksi. Mungkinkah kerana iklim khatulistiwa buat kau seakan telanjang? Kau sudah lupa tudung labuh tutup dada kau? Kau sudah lupa nilai-nilai ketimuran kau yang mak kau canaikan dalam budaya kau masa kau hingusan dulu?Kau pasti Melayu, dan kau cepat Lupa.
Ini tak bermakna yang aku setuju bangsa lain, Cina dan India perlu seksi dan bergaya dalam kotak TV dengan pakaian barbie doll dan LUCAH. Mual!!
Tidak perlu kau pakai baju sendat jika kau berlakon dua frame dalam sebuah drama, tidak perlu kau warnakan kuku dan gulung rambut karat kau walaupun watak kau hanyalah gadis kilang. Oh!
Izinkan aku mual sekali lagi.
Entahlah. Sampai bila kau nak terus rosakkan generasi muda masa kini?
Sekarang musim tudung pelik-pelik. Jujur aku cakap kau cantik bertudung pashmina menda tu, tapi kau janganlah lupa longgarkan dan labuhkan baju kau itu.
Ini tidak, pakai seluar getah ketat, baju bikin tersembul daging, lalu memakai tudung.
Itu bukan menutup Aurat, itu Budaya Sesat.
Lelaki? Jangan fikir kau dah macho kau mula pakai baju nipis menampakkan boroi perutmu,kau tindik telinga kau dengan subang magnet. Apa semua ini? Jangan kerana kau kejar glamor, agama kau humban ke Longkang.
Cukup-cukuplah. Banyak mata memandang. Adik-adik darjah 5 pun dah pandai pakai skirt dan karatkan rambut, sebab kau pengaruh mereka. Kau, jadilah contoh yang baik. Berlakonlah dalam keadaan berjilbab, dan menjaga batas aurat. Islam itu Indah Kawan. Barakallah.
Assalamualaikum.
apa yang dia tak taw, dia mungkin telah menjadi mangsa rogol berkali-kali dalam imaginasi orang yang melihat.
ReplyDeletemungkin.
maka,
tiada alasan untuk tidak menutup aurat.
wallahualam. nasihat utk diri sendiri juga. =)
very nice view :)
ReplyDeletebenar tu zey..
ReplyDeleteterima kasih atas respons,
seksi itu universal..
buat apa beli night dress yg ribu2 kalau ada jubah sulaman batik yg cantik hanya rm 69.90 kan??
bijak berfesyen utk pahala...
thanx Kill~~
as salam..
ReplyDeletehm..pakcik lebih suka dok rumah. biar jadi katak bawah tyerpurung daripada membiarkan mata pakcik menatap kemurkaan-Nya
6__9
Jemput ziarah membaca entri pakcik.. ;)
syukran..entri terbaru :
Tahan air kencing punca kerosaKan buah pinggang dan pundi kencing
entri sebelum ni :
Cara meringankan solat dalam Islam
Under Guise Of Friendship
duduk rumah tgok TV pun melalaikan jugak bro..
ReplyDeletesekarang nie, pembaca berita pun pakai bulu mata palsu,seksi2..oh!